Tuesday, January 3, 2012

Syukur Masih Diberi Kesempatan

Alhamdulillah...syukur kepada allah s.w.t yang maha esa kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya hari ini genap usiaku 30 tahun (macam tidak percaya tapi itulah kenyataan..hehehehe). Selamat tinggal kepada angka 2+, kini angka 3+ yang akan menjadi peneman setia untuk jangka sedekat lagi, insyaallah.

Terima kasih kepada Mr Armourezs yang hampir-hampir terlupa untuk wish Happy Beday Sayang...setelah berbagai usaha dan karenah dibuat untuk mengingatkan Mr Armourezs adalah kenangan yang paling best menjelangnya angka 30 tahun ini. Walaupun tiada hadiah yang diberikan tetapi cukup sekalung doa dan harapan yang dilafazkan mengiringi perjalanan di angka baru ini. Semoga tahun yang serba baru ini menjadikan hidup saya lebih sempurna dang lengkap. Insyaallah tinggal satu step lagi yang bakal melengkapkan hidup ini.

Untuk Madem Halimah tercinta, tankiuk mylovely mom yang saban tahun tidak pernah terlupa untuk wish 'Selamat Ulang Tahun'....'mak doa semoga hidup lebih ceria, semoga kehudupan lebih bahagia dan berjaya dalam kerjaya'.Alhamdulillah semoga sekalung doa dari insan yang bergelar ibu mengiringi setiap langkah hidupku, i really luve u mom~

3 Jan juga merupakan hari bahagia yang turut dikongsi bersama Siti Aishah Mohammad Naser.Selamat Ulang Tahun Echah, akak doakan semoga Echah juga beroleh kejayaan sepanjang mengharungi liku-liku kehidupan, tabah menghadapi dugaa dan ceria-ceria selalu k.

Untuk K'Tiey tankz ya atas wish dan cup cake yang dah dibuat seminggu awal. Lain kali kalau turun Ipoh boleh buat lagi ye.

Untuk Nazliza dan Siti Zubaidah, tq atas ingatan saban tahun yang tidak pernah korang lupakan. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat...insyaallah.

Sungguh selesa berada di tahun baru, umur baru, anggka baru, suami baru (baru dapat heheheh), life baru...semua baru...yeeeeeeeeeee haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....amin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: