Friday, February 3, 2017

Petua Mak - Kunyit & Halia


Halia dan Kunyit.
Berpisah tiada.



Sedang bereksperimen.
Mencari cara terbaik untuk memanjangkan jangka hayat
halia dan kunyit.

Genap 5 hari.
Kelihatan halia dan kunyit masih dalam keadaan segar.
Lebih baik dari disimpan di dalam icebox aka peti ais.

Petua dari #embah orkid.
Katanya halia atau kunyit yang tak digunakan 
lebih baik di simpan dengan cara
"letak je atas tanah". Buat macam semaian.

Jika mahu digunakan.
Ambil dan bersihkan. Jika tak, biarkan aje.
Untung rezeki, tumbuh tunas. Jika tak, habis di makan.

Boleh cuba jika mahu 😃

#petuamak

Monday, August 8, 2016

PULUT NOXXA

PULUT NOXXA

So excited 😆 

Pulut siap dimasak dengan noxxa.

Dalam masa 4m siap 'tanak' pulut
Dan selamat makan 'pulot doyan'

2 pot pulut = 2 pot air = HP 4

Basuh beras pulut macam biasa dan tak perlu direndam atau ditos!

Nak lagi sedap..tambahkan 5sb santan pekat dalam 2 pot air.

. . .

Konpius nak tekan HP.. nak letak berapa lama..
Ada kata HP 5.. HP 7 lah.. HP 10
Ermmm..

. . .

Senang aje,  
Tambah HP 2 aka gandakan dengan angka 2 bagi setiap pot pulut yang mahu di tanak.

Kalau 1 pot pulut = 1 pot air = HP 3
2 pot pulut = 2 pot air = HP 4
.
.
.
6 pot pulut = 6 pot air = HP 8 

Mudahkan 😃

Nota Kaki
- - - - - - - - -
Tanak - Masak
Pulot Doyan - Pulut Durian

#pulutnoxxa #resepiperiuknoxxa #dapurarmourezs

AYAM GORENG NOXXA

AYAM GORENG NOXXA

Ayam goreng periuk noxxa.

Semalam ada orang request nak makan nasi goreng ayam!

. . .

Kebetulan ada lebihan beberapa ketul ayam yang dah siap dibasuh dalam freez.
Makcik tumpang simpan ayam kat freezer mess. Siap siap bubuh garam dah.

Maklumlah.. hidup makcik ni berpindah randah. Tak semua keperluan hidup tersedia didepan mata. Kalau ada pun tak semua boleh dibawa.

Sepantas kilat bila ayam dikeluarkan dari freez terus diperasakan dengan kunyit.

"Jangan tanya lagi..garam tak bubuh ka?"

Kalo tidak...yak dish "👊"  satuppp!

Sebelum ayam tu disimpan, makcik dah letak garam sesiap 😆

. . .

Siap mengunyitkan ayam. Terus on button Str-Fry noxxa.
Tak sampai 1minit, periuk dah panas. Bahang kepanasan periuk tu terasa dalam bilik sekangkang kera.

Apalagi, terus je makcik masukan kesemua ayam yang ada.
Ayam dibalikan tak sampai seminit..



"Wahhh..cepatnya ayam ni garing"

Makcik mula teruja. Kejap kejap..ayam di balik balikkan lagi. Kurang 3minit ayam siap dimasak!

Dengan noxxa..alhamdulillah ayam masak dgn elok tanpa ada keluar darah kat celah celah tulang. Yeahhh.

. . .

Nasi + sambal ijo homeade.

Untuk nasi goreng, makcik masak dengan sambal ijo homemade je. Mudah dan sedap. Nasi putih tak masak, tapau je sikit dari mess..upsss heeee 😆.

Fuhhh.. panjang berjela lak resepi ayam goreng noxxa. Padahal masak ayam gorenglah yang paling senangkan.

. . .

Kesimpulannya..

●Jangan teragak agak nak menggoreng ayam dengan periuk noxxa.

●Memang sangat mudah dan cepat..  menjimatkan masa. Ayam masih keras pun dah boleh goreng.

●Takda percikan minyak. Cepat siap mengemas, cepatlah silang kaki berehat 😆

●Jika terasa nak masak kat mana mana tempat or ruang. Gunalah periuk noxxa Sangat selamat digunakan, janji ada LETRIK.

●Hightly recommended and safety!

. . .

So siap. Nasi goreng ayam. Kureng sikit, tak sama macam kat kedai sebab di kedai ayam seketul besaq depa bubuh. Tapi versi makcik ni sepinggang nasi goreng + beberapa ketul ayam goreng hat halus halus je. 

Harap maaf. Gambar keterujaan nasi goreng ayam tak dak.
Hat ada..gambar eksited time nak masak.

Sekian Titik

#ayamgorengnoxxa #resepinoxxa #dapurarmourezs

Rencah kehidupaan, layan jerk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: