Showing posts with label myDapur. Show all posts
Showing posts with label myDapur. Show all posts

Friday, February 3, 2017

Petua Mak - Kunyit & Halia


Halia dan Kunyit.
Berpisah tiada.



Sedang bereksperimen.
Mencari cara terbaik untuk memanjangkan jangka hayat
halia dan kunyit.

Genap 5 hari.
Kelihatan halia dan kunyit masih dalam keadaan segar.
Lebih baik dari disimpan di dalam icebox aka peti ais.

Petua dari #embah orkid.
Katanya halia atau kunyit yang tak digunakan 
lebih baik di simpan dengan cara
"letak je atas tanah". Buat macam semaian.

Jika mahu digunakan.
Ambil dan bersihkan. Jika tak, biarkan aje.
Untung rezeki, tumbuh tunas. Jika tak, habis di makan.

Boleh cuba jika mahu 😃

#petuamak

Monday, August 8, 2016

PULUT NOXXA

PULUT NOXXA

So excited 😆 

Pulut siap dimasak dengan noxxa.

Dalam masa 4m siap 'tanak' pulut
Dan selamat makan 'pulot doyan'

2 pot pulut = 2 pot air = HP 4

Basuh beras pulut macam biasa dan tak perlu direndam atau ditos!

Nak lagi sedap..tambahkan 5sb santan pekat dalam 2 pot air.

. . .

Konpius nak tekan HP.. nak letak berapa lama..
Ada kata HP 5.. HP 7 lah.. HP 10
Ermmm..

. . .

Senang aje,  
Tambah HP 2 aka gandakan dengan angka 2 bagi setiap pot pulut yang mahu di tanak.

Kalau 1 pot pulut = 1 pot air = HP 3
2 pot pulut = 2 pot air = HP 4
.
.
.
6 pot pulut = 6 pot air = HP 8 

Mudahkan 😃

Nota Kaki
- - - - - - - - -
Tanak - Masak
Pulot Doyan - Pulut Durian

#pulutnoxxa #resepiperiuknoxxa #dapurarmourezs

AYAM GORENG NOXXA

AYAM GORENG NOXXA

Ayam goreng periuk noxxa.

Semalam ada orang request nak makan nasi goreng ayam!

. . .

Kebetulan ada lebihan beberapa ketul ayam yang dah siap dibasuh dalam freez.
Makcik tumpang simpan ayam kat freezer mess. Siap siap bubuh garam dah.

Maklumlah.. hidup makcik ni berpindah randah. Tak semua keperluan hidup tersedia didepan mata. Kalau ada pun tak semua boleh dibawa.

Sepantas kilat bila ayam dikeluarkan dari freez terus diperasakan dengan kunyit.

"Jangan tanya lagi..garam tak bubuh ka?"

Kalo tidak...yak dish "👊"  satuppp!

Sebelum ayam tu disimpan, makcik dah letak garam sesiap 😆

. . .

Siap mengunyitkan ayam. Terus on button Str-Fry noxxa.
Tak sampai 1minit, periuk dah panas. Bahang kepanasan periuk tu terasa dalam bilik sekangkang kera.

Apalagi, terus je makcik masukan kesemua ayam yang ada.
Ayam dibalikan tak sampai seminit..



"Wahhh..cepatnya ayam ni garing"

Makcik mula teruja. Kejap kejap..ayam di balik balikkan lagi. Kurang 3minit ayam siap dimasak!

Dengan noxxa..alhamdulillah ayam masak dgn elok tanpa ada keluar darah kat celah celah tulang. Yeahhh.

. . .

Nasi + sambal ijo homeade.

Untuk nasi goreng, makcik masak dengan sambal ijo homemade je. Mudah dan sedap. Nasi putih tak masak, tapau je sikit dari mess..upsss heeee 😆.

Fuhhh.. panjang berjela lak resepi ayam goreng noxxa. Padahal masak ayam gorenglah yang paling senangkan.

. . .

Kesimpulannya..

●Jangan teragak agak nak menggoreng ayam dengan periuk noxxa.

●Memang sangat mudah dan cepat..  menjimatkan masa. Ayam masih keras pun dah boleh goreng.

●Takda percikan minyak. Cepat siap mengemas, cepatlah silang kaki berehat 😆

●Jika terasa nak masak kat mana mana tempat or ruang. Gunalah periuk noxxa Sangat selamat digunakan, janji ada LETRIK.

●Hightly recommended and safety!

. . .

So siap. Nasi goreng ayam. Kureng sikit, tak sama macam kat kedai sebab di kedai ayam seketul besaq depa bubuh. Tapi versi makcik ni sepinggang nasi goreng + beberapa ketul ayam goreng hat halus halus je. 

Harap maaf. Gambar keterujaan nasi goreng ayam tak dak.
Hat ada..gambar eksited time nak masak.

Sekian Titik

#ayamgorengnoxxa #resepinoxxa #dapurarmourezs

Rencah kehidupaan, layan jerk

Sunday, July 17, 2016

KUAH YONG TAU FU

KUAH YONG TAU FU (YTF)

Atas permintaan sahabat baik
Nora @ Noraliza Yusof,

"aku nak makan yong tau fu
kuah macam ni la seri"

"..hang tau dak..
kuah macam ni ada kat tepeng jaa"

Sambil jari runcing dia menunjuk ke arah gambar yang ada dalam smarthangpong makcik ni.

Penuh eksited aihhh,
Makcik..senyum ja 😃

17.07.2016
Tercatat sejarah pertemuan makcik
 dan dia buat pertama kali setelah terpisah sebaik tamat sekolah menengah.
Lama gila tu.. mau dekat 20 taun lebih! 

Atas permintaan hang Nora..
In sya Allah hari ini, resepi ini akan dikongsi bersama untuk memenuhi hajat di hati. Sedihnya makcik rasa..tak dapat nak buatkan sebab la makcik tak dak dapur untuk diasapkan!

In sya Allah..
Jika benar ada rezeki mu wahai sahabat,
Pasti diizin Allah.

. . .

Resepi kuah YTF ni dibuat pertama kali masa dekat bumi kenyalang..time tu tahun 2015. 

Masa tu, #embahorkid @ mak teringin sangat nak makan YTF. Pertama kali bertandang ke #kuching tahun 2008,
ada rezeki mak dapat makan YTF
yang sedap dekat Tun Jugah.

Tapi sayang..
bila kembali semula ke kuching tahun 2015, kedai tu dah tutup..adoiii la nak.
Tak dak rezeki mak.. awatlah susah bertahan bila orang melayu berniaga.

Sebagai anak yg solehah (amin), langkah drastik try and error melalui sumber klik klik kat google..maka terhasillah resepi yang ringkas mudah dan sedap.

Kredit pada owner-owner blog dalam mr google..maaf na, makcik dah lupa nama blog2 depa. Time tu baca.. salin apa yang patut.. godek-godek sikit..siapppp!

. . .


KUAH YONG TAU FU (YTF)



. . .

Bahan A
5-6 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu makan kipas udang/kicap pekat
5 sudu makan gula kabung/1ketul gula melaka 
1 sudu makan tepung jagung - campur dan kacau dengan air terlebih dahulu
1 cawan air
Garam, gula secukup rasa dan sedikit minyak untuk menggoreng.

BAHAN B
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak

Cara-cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan 1 cawan air dan gula melaka kedalam periuk yang telah dipanaskan.

2. Panaskan minyak.. goreng cili kering dan belacan. Agak-agak dah garing angkat.. jangan sampai terlalu hitam atau hangit..nnt kuah akan jadi pahit..kompom tak sedap weii!

3. Kemudian blend cili kering dan belacan yg siap digoreng dengan sedikit air gula sehingga lumat. Air gula ambil dalam periuk yang ko panaskan tadi. Blend sekali..baru mesra dan sedap rasa dia.

4. Siap blend..masukkan cili kisar tadi ke dalam air gula yang telah dipanaskan..masukan juga sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.

5. Agak kuah dah mendidih..masukan perasa dengan tepung jagung... kacau sebati. Puas hati dah masak..tutup api.

6. Tuang kedalam bekas lain dengan menggunakan penapis (utk memastikan kuah cantik dan smooth).

7. Taraaa..siap sudah..bolehlah  dihidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo dan hang jangan lupa tabur bijan kat atas tu..

Sedap!!!

Foodnote:
*cili kering tak perlu basuh..cukup hang lap/bersihkan dengan towel or tisu yg dibasahkan. Nak basuh pun bolehhh tapi make sure betul2 kering baru hang goreng. Tangkai dia hang jangan ambil..
hang buangggg na!
*boleh juga nak letak bahan perasa lain, macam stok ayam or stok ikan bilis..
*boleh juga nak add on sedikit pewarna masakan HITAM jika suka. 
*sukatan bahan2 yg bg diberi, hang boleh olah mengikut kreativiti dan kuantiti banyak mana hang nak masak.

. . .

Pic dia lagu mana.. sedap ka dak..
Meh tengok hat bawah ni 😃






Seri  Armourezs
~ Rencah kehidupan, layan jerk.. ~


Thursday, July 23, 2015

MEMBERI SEADANYA

Kek Coklat Leleh myArmourezs 🎂



Repost!!!
Eentry ini  telah lama terperam hampir sebulan lamanya. semua gara-gara line internet kat kampung slow macam siput. adakala rasa macam tak puas hati bila bulan-bulan bayar tapi servise macam hampeh. ini salah siap?


Alhamdulillah
Niat tercapai..dapat juga hadiahkan sebijik kek buat rakan seperjabat..alamak gambar time gelak-gelak makan kek lupa nak snap.  

In sya Allah tahun depan #myarmourezscakehouse beroperasi lagi! Ya.. is Not for SALE. it's  just a present as i can. Betul-betul rasa sangat puas hati bila dapat memberi dengan seadanya seikhlas hati.

Selamat berpuasa #eh bukan dah raya ke!

#myarmourezscakehouse #dapurmyarmourezs #myseriarmourezs

Sunday, July 12, 2015

Mandi Ayam

Riang tak terkata...



Inilah rupa nasi mandi ayam

Nasi mandi ayam..eh mana ayamnya...
"ayam kat dalam nasi tu..sila bayang 😃 hihi.."
Bulan posa..tak leh godek lebih..tergugat bau dia.

Alhamdulillah..done present Nasi Mandhi to my lovely mom..*upsss sory jika ada yg termengidam lak*
semua hajat my mom nak makan apa setakat ini telah berjaya dilaksanakan!

Hurehhh..yahooo "gembira wei" bukan senang nak balas jasa mereka 😃
moga dengan sekecil usaha ini membahagiankan hati mereka..in sya Allah.

Okeh..celah mana mulanya cerita nasi mandi ni?
Ceritanya bermula bila mana tersiarnya rancangan masak memasak cef ammar tu.."masak dari hati..masak with iman" itu pun kalau tak silap lah tag line yang ditulis semula.." suka2 hatilah"

Keduanya..biasalah..orang tuakan..bila dah terkeluar dari mulut "teringin mak nak makan nasi macam tu".. tu ayat biasa bila mana rancangan cef ammar sedang ke udara. Hat kita ni sebagai anak..dengar tp dalam masa sama take note kan aje.. sambil pasang niat..in sya allah mak..nnt sy cari ya..

Alhamdulillah Ramadan ke 23 hajat itu telah termakbul..tq Allah

Terima kasih juga kepada team HKcc spread ♡ together pn Jijin yg sememangnya mempunyai ukhwah dan pengaruh yg kuat di bawah pimpinan orang gua Haida Kamaruzaman..makanya..sebungkus @ 1 pek nasi mandi rm17 + postage rm10 selamat di delevery ke kampung halaman last week.. sungguh muda..hanya dihujung jari.. satu keluarga menikmatinya..sangat puas hati. Mudah lazat dan jimat. Kemesraan dan ukhwah terjalin saat sekeluarga duduk menjamu selera!

Haaa..jangan tak tahu..sepeket nasi mandi ini boleh dinikmati 6 ke 7 orang mengikut habit pemakanan secara zahirnya. Kalau kata hat makannya jenis berselera..rasa cukup utk 3 ke 4 orang saja..so 1 pek tak cukup..kompom kena beli 2 pek terus!*jimat postage rm10 saja*

Oh ya untuk sesiapa yang berhajat mahu mencuba rasa masakan segera nasi mandi yg sangat mudah ini.. boleh hubungi pn Jijin aka nadjirah di talian +60194642508.. In sya allah percubaan CUBA RASA pertama kali pasti tak akan hampa.

Upss..last but not list..untuk sambal. Korang boleh buat ikut citarasa. Contoh.dalam cadangan resepi hanya guna 4 5 biji cili padi. So..jika ada yg suka pedas..belasah ja segengam pun tak apa..hihi..dan jangan lupa..nikmati ia sementara masih hangat..nak lagi sedap..sila makan di dalam dulang..serius sangat menyelerakan!

Nah ni belanja sikit rupa sambal yg dah diolah ikut "suka2 hatilah"..

Lagi pedas..lagi sedap!

Ingat.."suka2 hatilah"
Rencah kehidupan...layan jerk~




Wednesday, June 3, 2015

Bun Sarang Lebah with SKBP

ROTI BUN SARANG LEBAH SKBP!!

ado cam hanget skit eh..hihi

Memasak bila perlu.. itu dulu.. la memasak itu perlu...!
*kalau tak kebulur la jawabnya..

Baik.. berbalik kepada cerita seperti entry.. alhamdulillah semenjak 2 3 menjank ni memang rajin sikit nak main masak2..
dengan kata lainnya.. bagus ado GST ni.. Dari asyik nak menghulur je note merah biru hijau pupel tu untuk sebuku roti keju dan segelas hot choc.. ada baiknya buat sendiri.
*nnt kita share resepi hot choc yg mabeles lak ya.

Ok.. la.. memasak dah menjadi satu keperluan.. maka atas keperluan itu terhasilah bun sarang lebah skbp versi dapur armourezs.

Kenapa versi dapur armourezs..

Hehe.. macam biasalah resepi nak menguli doh bermula dari gabungan bahan2 yang dicampak2 je tanpa sukatan yg tertentu.

Percubaan kali ini ada ditambah sebiji telur dan.. dan sesedap rasa nak tuang berapa banyak baking powder. Wallah...

Ilham tercetus hasil dari bacaan sepintas lalu di blog dan pemerhatian bergambar di laman en. gogel.

Bahan utama macam biasa..

Doh Roti:
● yis sepeket
● 2 peket skbp (bancuh sesiap)
● Tepung gandum (ceduk ikut keperluan doh)
● gula, garam
● baking powder
● telur ayam sebiji

Mudahkan...
masukan semua di dalam satu bekas.. uli sampai jadi doh.. uli 20minit..rehatkan 1jam.. tumbuk2 buang angin..uli lagi dan terus bentukan menjadi doh untuk dibuat roti..

So..ini step bergambarnya..




Akhir seksli..bila dh siap @ dah ready utk di bakar.. masukan je ke dalam oven. Jangan lupa panaskan dulu oven tu.. Macam biasa..makcik guna #airfrayerphilip ja..
rupa di lagu ni ler..




untuk sos..
Pnseri guna butter, gula perang, skbp, wiper cream dan esen vanila..(hahha amik ko..dua2 pnseri guna skbp + wiper cream)

Alamak...gambar proper tak ada lak nak share..hbs sudah dicicah roti..

So inilah rupanya my sos!

*Resepi ala2 main blasah je ni sangat sesuai utk dicuba oleh mereka2 seperti makcik..hat mana tak regik dgn sukatan bagai dan punya minat setinggi gunung kinabalu serta level konpiden kokap..hihi

Selamat mencuba!

#eh dah "makcik" ya..
kiki.. tua sudah ku bah!

Sunday, March 29, 2015

ROTI BUGER HITAM SKBP DAN AIRFRAYER

K.seri.... bg la sukatan. Kita mmg xpernah langsung buat roti. 🙈 malu cz tahu mkn je. Ngee...

■ ■ ■




Ada perminta untuk resepi roti hitam pnseri 😆 hitam le sangat yek..

■ ■ ■

Haaa..sapa nk resepi td...
Nah.. mari mencuba..

Resepi dia senang je..
bahan-bahan utama adalah seperti berikut:
●  tepung gandum
(hat biasa2 tu je) - ikut suka
● yis - 1 paket
● skbp (wajib) - 1 paket
*org kata kena guna susu pekat manis utk bg roti lembut..tp rahsia hat sepeket ni pun dah cukup utk menggebu gebaskan roti..
● garam*
● gula*
● telur 1 biji*
● marjerin*
● pewarna hitam - pnseri huna hat jenis browing
*boleh guna ikut suka jenama apa.

*depend on byk mana bahan2 digunakan.. ikut suka ja!

Cara2 dia..
1. Tuang yis dulu dlm bekas dgn sedikit air suam..di kacau dan larut masukan semua bahan di atas. Serius.. masukan saja semua ke dalam balang adunan.

2. Masukan pewarna hitam.. 

3. Uli bahan2 tadi sampai jadi doh.. smp jadi cantik.. tak lekat di tangan..* petua no. 2, masa uli doh tu pnseri cadangkan tn2 pn2 adik akak untuk berzikir dan berkata2 positif.. "bismillah.. cantiknya doh sy.. subhanallah.. nnt kembang elok ya.. in sya allah.. "
ulanglah banyak mana pun tak apa.. lagi lama uli lagi bagus lagi banyak pahala.. 

uli sampai jadi macam ni ya..




4. Biarkan selama 45m.. tutup dengan tuala lembap..

5. Bila dah naik 2 x ganda bum2 dia.. tumbuk2 doh tu buang angin dia dan uli lagi. Ha..tara.. sila percaya..
kombang sungguh doh ini!




 6. Lepas uli terus buat doh kecil2 utk membentuk roti dengan saiz yang diinginkan.. biarkan lagi smp doh roti yg dibentuk tu naik kembang sedikit.. kemudian bakar.. macam biasa pnseri bakar dengan menggunakan airfrayer philips ja. Memang superb hasil dia..

Alamak.. lama mana nak bakar..
Pada yg dah tere membakar mesti tak ada masalahkan.. tp pd yg belum pakar mcm pnseri ni boleh lah set kan pembakar tuh
180' 15m ke 20m ikut saiz dan medium pembakaran yg digunakan..
ada baiknya sekali skali kita cek roti tu..


rupa roti sebelum dibakar..


■ ■ ■

K.seri.... bg la sukatan. Kita mmg xpernah langsung buat roti. 🙈 malu cz tahu mkn je. Ngee....

Alamak.. hampir terlupa.. ada soklan cepu mas td..

Hermm.. memang serius nak bg tahu ni
resepi buat roti ni tak dak timbang2.. tak da sukat2.. main ceduk2.. main campak2 ja dengan re - call balik hat mana pernah baca entry masak mesaka kt google tu.


■ ■ ■

Alhamdulillah..
maka inilah hasil percubaan ke dua
membuat roti buger hitam..


Bye.. selamat mencuba..
ups.. Water mark lupa nk bubuh.. 
nak pakai gambar.. sila minta izin dulu na 😃



Monday, March 23, 2015

Kambing Dalam Roti!

Cerita hujung minggu.. memasak bila perlu!




Cubaan pertama membuat roti dengan resepinya ikut suka.. guna susu kambing!
*macam berjaya jek

Makanya jangan minta resepi ya..
Tapi kalau tanya bahan utama yang
digunakan boleh.. Siyes boleh..

dengan hanya menggunakan
tepung gandum, susu SKBP, sedikit garam, yis roti dan air.

Itu je bahannya..
sangat mudah.
*bancuh yis roti tu pon pnseri guna air sejuk.. hehe.. naseb menjadi
Roti aka bun itu.



Macam biasa..
medium utama untuk baka membakar ni
pnseri guna airfryer by philips

Alhamdulillah.
Hasilnya tidak menghampakan.
cuma perlu tahu suhu dan masa hat mana yang sesuai nak guna.

sedikit tip yang pnseri dapat
biasalah bila teruja maka rulalah share kt group famly..
rupanya nak nampakan roti tu cun..
lepas angkat terus sapu bata aka margerin,
sebab bila roti sejuk maka akan nampak
fewles di permukaan roti!

Haha..
roti pon nak fewles juga ker.

Buktinya.. tara..
ce tengok gambor roti hat bawah ni
ni sebab tak sapu pondesen aka margerin..
tu sebab roti pnseri tak fewlesss!!!


Nak kata gebu gebas tu.. tak lah kan.
sebab bila di tekan lambat je naiknya
tapi bila di makan lembut dan
sedap je rasa roti itu.
maka pnseri kata "jadilah"
First time buat memang rupa
itulah hasilnya.

Esok lusa cuba lagi!

So.. dengan sedaya upaya
menguli bak ala2 cef selamat 2jam setengah
maka siap 3 jenis roti sedia
 diminum petang.

Alhamdulillah..thank you allah


Jangan tak percaya
dan Sila percaya..
dalam bahan utama selain dari tepung gandum dan yis,

Ada juga dimasukan
sepeket susu kambing bee pollen aka SKBP!
Mungkin itu antara penyebab roti pnseri rasa sedap dan lembut je.

In sya allah lepas ni
pnseri akan share lagi dan lagi resepi hentam sajalah menggunakan Skbp
mahupun kupi Hkcc.

Serius.. sedap
Mau tak sedap..
bila makan roti cicah air.
nak pula macam hat Aryan
sedang buat ni..


Nak lagi sedap.. roti cicah kupi..
Semestinya kupi HKcc lah ya.

Last but not list..
dua kotak hat kuning dan pupel ni
memang wajib ada di dapur pnseri!



Kot ya ada sapa nk rasa 
apa rasa dua kotak ini bila bergabung di dalam satu cawan..
makanya boleh lah pm/whatsapp/telegram
pnseri di talian budget hot 
+6 010 424 5464

Ok.. Bye..

#dapurmyarmourezs
#skbp #hkcckopisusu #airfryerphilips

Tuesday, September 23, 2014

MAKARONI KAMBING @ SKBP

Resepi Makaroni Kambing @ SKBP




Bahan2nya
• Pasta*ikut suka nak guna jenis apa
• Bawang Besar - blend
• Bawang Putih - blend
• Dada Ayam/Udang
• Cendawan - rebus
• Brokoli - rebus
• Serbuk Perasa Ayam - ikut suka
• Susu Kambing Bee Pollen @ skbp - bancuh sesiap dlm 2 paket @ ikut suka
• Keju - diparut
• Lada Hitam - ikut suka

Cara2nya:
1. Rebus makaroni*letakan sedikit minyak zaitun ke dalam air rebusan utk memastikan pasta tak melekat bila ditos. Lepas dah rebus pasta air yg sama blh digunakan utk rebus udang/cendawan/brokoli*jgn terlalu lama sgt, agak2 sdg elok warnanya dah blh angkat - ketepikan
2. Bawang diblend kemudian tumis
3. Masukan ayam yg tlh di hiris nipis ke dlm tumisan, kacau dan tgu ayam masak*ikut suka nak lama mana*masukan juga segala bahan perasa yg ada time ni ikut kesesuaian byk mana (garam/lada hitam/perasa ayam)
4. Kemudian masukan pasta, kacau2 than masukan skbp yg dah dibancuh tadi, kacau2 lagi last skali 2 3 minit sblm nak angkat tu taburkan keju yg dah diparut td*ikut suka nak banyak mana . .

Siap. . Pasti sedap!. . Upsss in sya Allah sedap & berkhasiat

* cadangan 2 pek skbp tu utk sparuh pek pasta.
* udang/brokoli dan cendawan ikut suka nak masukan skali masa masak atau nak diletak atas pinggang mcm kt kedai tu
* Hat gambo ni bahan yg x dak udang je. Cendawan lak pnseri guna hat cendawan biasa tu, so mmg tak nampak.

Selamat mencuba!

Rugi sapa tak cuba
Ce nengok si hero ni layan pasta kambing ni. . Yummm . .yummmm. . Sedap ke tak agaknya ya.

Aryan makan sayur la. . yeahhh

Semudah 1 2 3 cara nak ajar anak makan sayur. . .yeahhh suka mumy.


Wahhh smapai macam tu skali aryan suka dengan pasta mamy. Sedap ler tu yek Aryan.

Sapa suka boleh cuba. Ini style pnseri la. Kalau korang da cara lain nk membuatnya..silakan janji hasilnya sedap. Besalah bila skali skali pnseri masak. .kita hentam saja. . Haissshhh rencah kehidupan, layan jek.

* nak tunggu kek lapiz srawak + hkcc =?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: