Showing posts with label myKids. Show all posts
Showing posts with label myKids. Show all posts

Monday, September 15, 2014

2 PERWIRA HATI SAYA

Untuk Wan Naser n Dady Firdaus Naser serta yang seangkatan dengannya. . 


Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-81... "ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA"

dan Selamat Hari Malaysia !

We ♡ u Dady.


Aryan sedang menikmati nikmat
keamanan negara tercinta.

* Dua perwira hati pnseri
Sorang menjaga keamanan negara,
dan sorang lagi menikmati keamanan yang ada.

Saturday, August 16, 2014

Jangan Pertikaikan Rezeki Anak Pada Seseorang

Jangan pertikai rezeki ANAK atas seseorang. 

Aryan dengan Dd dia Mr Armourezs.

Kerna apa. . 
kerna anda seperti menyindir takdir Allah Taala. .!
Sesungguhnya DIA tahu dan bila mana masa yang sesuai amanah itu harus diberikan.

TERPANGGIL 

Untuk menulis dan berkongsi sesuat. Benarlah apa yang pnseri baca dan benarlah apa yang pn HAIDA kata.

Diawal perkahwinan pnseri

Kami memang seperti pasangan dua sejoli yg biasa seperti orang lain.

Lama kelamaan 

Bulan bersilih ganti
Soklan2 bijak seperti ini telah berdesup2 di cuping telinga pnseri
"Tak ada pape ker lagi"
"Bila nk dapat gu saing main si yaya ni"
"Bila nk bertiga lak"
" ko merancang ke wei"
"Anak ko mana"


* * *


Kami di HKcc team menerima perkhabaran kehamilan ke 279 masih di dlm kandungan ketika testimoni ini ditulis.

Namun. .
Berita 280 kehamilan hanya sempat dianugerahkan menjadi segumpal darah utk usia 5 [lima]minggu sahaja. .
Peritnya rasa itu. .hanya Allah yang tahu. .

* * *

Ya memang peritnya pnseri rasa
Ketika itu. Serius. Memang Perit. Perit bukan memikirkan pasal soklan2 yang diajukan tetapi memikirkan
"Kenapalah dorang ni tanya soklan2 macam tu?"
"Dorang ni tak fikir ke perasaan orang. . "
"Tak terfikir ke rezeki ajal maut jodoh pertemuan siapa punya kerja"
"Tak terfikir ke masalah orang tu apa ek"

Pnseri dah melaluinnya munkin anda juga sedang melaluinya.
Apapun bersabarlah.

Tahukah kita, 
Jangan pertikai rezeki Anak Kepada Seseorang itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang lebih baik dan terbaik buat seseorang itu.

Mari kita fikir sejenak. . .

Ada ke yang berkahwin ni tak mahukan anak ?
Ada ke yang dah berkawin ni tak mahukan zuriat ?
Ada ke yang dah berkahwin ni tak mahukan kehidupan normal seperti insan2 lain. . ? ? ?

Ok meh sini

Mari kita baca. .
Sebab apa, kekadang ni
Hidup kita tak selalu indah seperti yang kita sangkakan jadinya kadang kala ada juga sesuatu yang kita ingin kongsikan itu tidak ditulis dalam gaya bahasa yg sopan.
Contoh macam ni ha . . Hahaha

Lu fikir la senirik 1


 Lu fikir la senirik 2


Lu fikir lah seniri 3


Lepas tu
"Korang fikir lah sendiri"


* * *


 Akhir zaman. .Ya dunia sesungguhnya sedang  menuju ke penghujung melewati usianya. Maka tidak mustahil anak2 di dalam kandungan ketakutan melihat mehnah fitnah isi alam...itu yang tak kita ketahui. . Cukup hanya hanya hayalan dan andaian. Tetapi kita jangan lupa dan alpa.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dari yang Esa.

Banyakkan membaca tentang kemanusian. .bukan persendakan kekurangan rahim seseorang..

Dunia hanya Tumpangan. .
Bersyukurlah kiranya persinggahan ini, kita dikurniakan amanah. . Amanah yang bernama khalifah. Justeru itu, didiklah anak2 kita utk hasil semaian kalian di pengakhiran sana. .

Kita INSAN
Sememangnya INSAN telah dijadikan dengan mana maknanya telah jelas PELUPA.
Tetapi ingat wahai INSAN,
itu bukan andaian kita untuk 
mengata org tentang kurang tiada beranak. Namun, tidak melihat amanah besar tanggungjawab mendidik zuriat yang terletak. .

Wallahu'alam. .


Aryan. . Pinjaman sementera, amanah dari DIA yang perlu pnseri jaga

* * *



*Pessttt. . Tapi kita jangan lupa, kalau Doa Usaha Ikhtiar Tawakal
Itu perlu.

Sesungguhnya

Tidak bergerak sesuatu zarah itu tanpa kudrat dan irodat dariNya.

Nak zuriat kena ada DUIT!
Dah kompom nak berDUIT
pm pnseri
+6 010 424 5464

Hkcc spread♡Together

Friday, June 28, 2013

Bahagia...Hatiku Tenang...

Terasa begitu bahagia dan sangat tenang takala merenung wajah sikecil #firdarisaryan...thank you allah....



Sayangi dan hargailah waktu tumbesaran si kecil kita kerana setiap saat dan detik yang berlalu tidak boleh diundur kembali apatah lagi ditukar ganti...

Ayuh ayah dan ibu...papa dan mama atau apa saja gelaran kita kepada mereka, luangkan masa sedikit untuk sikecil mu...

Wednesday, June 19, 2013

Daris Aryan vs Kerjaya

Alhamdulillah...berakhir sudah cuti bersalin 3 bulan...13 mac hingga 13 jun 2013. Satu jangka masa yang agak panjang tapi serius seri tak rasa panjang masa yang berlalu...tak cukup masa berehat da lah...apa-apa pun 3 bulan cuti memang terbaik, sepenuhnya masa ditumpukan kepada si kecik daris aryan.

Mamy seri dan baby daris...time ni teman dady amor gi ptptn uruskan sspn daris, alhamdulillah setal dah...

First day kerja macam biasalah daris mamy anta yer gi umah pengasuh "mak ida" dekat blok G 19. So far alhamdulillah first day ditinggalkan daris tak banyak ragam...good boy myson..yang penting susu on time dengan gaya tito meniarap...done...kompom lena lah si kecik mamy yek.

Secound day kerja, pun sama juga cuma bezanya daris tito lebih lama. Kata mak ida, dari jam 1100 hingga 1500 baru bangun...huhuhu lama giler anak mamy tito yel...alhamdulillah evertings is ok...thank you allah...

Malamnya pula daris kena tinggal lagi...cian anak mamy yerk...naseb la dady yang jaga...biasalah bila still in "servis" job mesti diutamakn...semoga mamy tabah dan sabar untuk menguruskan kerjaya dan keluarga dengan jayanya...love both of u dear...

Termenung sengsorang..."biasanya malam amy ada...maner amy ni..." daris aryan.

Gaya tito kesukaan daris... Tiarap jerrr

Third day nya pula...hari sabtu...hohoho... Mamy stil kerja la sayang...sekali lagi daris aryan mami tinggalkan dengan mak ida yer...

Fourth day... Sunday...Sorry sayang mamy n dady still on work...

So macam mana rasanya bila mamy diluar sana berada ditempat seri...itulah namanya pengorbanan...walau apapun yang dilakukan niat kita perlu ikhlas dan sebolehnya jangan merungut kerana anak itu rezeki...kerja juga punca rezeki...bersabar dan bertawakalah pada allah... Moga segalanya dipermudahkan...amin ~


Wednesday, June 12, 2013

My Boy Daris Aryan


Alhamdulillah...syukur pada Nya, 10 Jun 2013 genap usia baby daris aryan 3 bulan. Dengan berat 5.06 kg dan ketinggian 68 cm...mamy dan dady doakan semoga daris aryan membesar dengan sihat dan kuat...

Doa mamy buat daris....

" ya allah, lindungilah anakku muhammad firdaris aryan muhammad firdaus dari gangguan iblis jin manusia dan binatang buasa serta yang berbisa...

Ya allah,
Berilah annakku rupa paras yang cantik, budi pekerti yang cantik, akhlak yang baik akal yang cerdas, badan yang cergas dan kesihatan yang baik...Jauhkanlah segala penyakit yang ada serta disembuhkan segala penyakit...

Ya allah,
Basahilah lidah anakku dengan zikir Mu ya allah serta berilah suara yang merdu kepada anakku untuk membaca ayat-ayat suci al-quranmu serta mendapat keberkatan dari nabi muhammad s.a.w...

Ya allah,
Mudah-mudahan engkau jadikanlah anakku dan keturunannya orang-orang yang mengerjakan solat dan berbakti kepada kedua ibu bapanya serta menjadi ahli syurga Mu ya allah...amin..."

p/s: sebaik-baik perkataan adalah doa~



Saturday, June 1, 2013

Akikah Daris Aryan



Sekali lagi alhamdulillah...syukur seri kepada allah s.w.t kerana pada hari ni 1 Jun 2013 hajat nak buat kenduri akikah daris aryan dah kesampaian...thank you allah !

Terima kasih pada mak, ayah serta keluarga mertua yang telah bersusah payah mengelola kenduri akikah baby daris sehingga selesai walaupun pada asalnya hajat nak buat akikah baby daris pada hari ke-7 tak kesampaian sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Semua hajat nak ikut sunah rasulullah tak kesampaian...sedih sangat tapi kena redho sebab itulah ketentuan dari allah s.w.t dan mungkin itu juga yang terbaik buat baby daris...

Apa Itu Akikah ?

Jom baca serba sedikit apa yang seri tahu tentang akikah ni :

Semasa mengandung, seri pernah terdengar talk di IKIM.fm yang membincangkan kepentingan akikah dalam kehidupan seharian. 

Akikah ertinya membuat penyembelihan binatang ternakan an'am sebagai tanda syukur kepada allah s.w.t di atas kelahiran cahayamata.

Hukum akikah adalah sunat muakad kepada ibu atau bapa kanak-kanak atau sesiapa jua yang menyara atau menjaga kanak-kanak tersebut.

Akikah bagi kanak-kanak lelaki adalah 2 ekor kambing atau persamaan 2 bahagian lembu manakala bagi kanak-kanak perempuan memadai dengan 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu atau unta.

Kambing, lembu atau unta adalah binatang yang disunatkan untuk diakikahkan. Antara binatang tersebut...Kambing jantan adalah binatang yang paling baik untuk diakikahkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ke- 7,  14,  21 atau sebelum anak itu mencapai akhir balil.

Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan atau diberi makan kepada yang beragama Islam. Makruh mematahkan tulang temulang ternakan akikah melainkan dibahagian sendinya sahaja.

Antara kepentingan akikah yang seri nak share kat sini:

> sebagai tanda syukur kapada allah s.a.w atas rezeki yang diberi selain dari ganjaran pahala.
> menghidupkan sunat rasulullah s.a.w.
> membolehkan anak itu tergadai dengan akikahnya...anak-anak tersebut dapat menolong panjaganya diakhirat kelak. Sekiranya tidak dilaksanakan akikah, pertolongan kepada penjaganganya akan tertahan.
> melepaskan kanak-kanak itu dari godaan syaitan.
> merapatkan silaturrahim antara keluarga dan jiran tetangga.

Moga-moga dengan adanya perkongsian ilmu sempena Akikah Daris Aryan akan memberi manfaat buat kita semua.

p/s: ce try tanya mak gan ayah korang...korang dah akikah ker belom ?

Monday, May 27, 2013

Susu Dumex Mamex Cherish

Jom tukar susu mamy...

Baby Daris dah makin bum-bum dia.

Alhamdulillah...thank you allah s.w.t akhirnya susu formula yang sesuai untuk baby Daris mamy dah jumpa.

Rasa sedih dan susah hati tak lagi mamy seri rasa sebab baby Daris dah semakin berisi bum-bum sejak 2 minggu bertukar susu. Paling gembira bila baby Daris kenyang setiap kali disusukan dengan Dumex Mamex Cherish langkah 0-12 bulan. Pink kala lagi kotaknya...hehehe

Sebelum bertukar ke Dumex Mamex Cherish banyak juga susu formula yang mamy cuba untuk baby Daris antaranya Enmum, S 26 dan Duth Baby. Sayangnya semua susu tersebut ada aje yang tak berapa nak kena dengan baby...dah kenyang tak boleh nak beyak...dah beyak tapi tak kenyang pula...haishhh

Haaa...mamy seri ada beberapa tip nak dikongsikan bersama mamy2 di luar sana macam mana nak kenal pasti susu formula pilihan kita tak berapa nak sesuai  untuk baby kita...yang pertama:

1. Najis.
Setiap kali baby kita membuang najisnya cuba mamy perhatikan fizikal najis tersebut. Sekiranya bentuk najis tu bulat-bulat seakan tahi kambing dan sedikit keras, maka itulah tandanya susu formula tersebut tak berapa nak sesuai untuk baby.

2. Reaksi Baby.
Banyak perkara yang boleh mamy kenal pasti melakui reaksi yang dihasilkan baby seperti ini:

Mengerutkan muka dan bunyi-bunyian.
Sekiranya baby memberi reaksi mengerutkan muka dan diikuti bunyi-bunyian ketika meneran, itu tandanya proses perkumuhan najis baby tidak lawas...berkemungkinan besar najisnya keras...cian kat baby kan..

Termenung. Gembira bila melihat baby yang telah disusukan bermain sendirian. Tetapi sekiranya mamy dapati baby  memberi reaksi seakan termenung selepas disusukan itu berkemungkinan baby tidak merasa puas aka kenyang dengan susu formula tersebut. Ada baiknya mamy membuat keputusan...jom tukar susu...cian baby susu-susu tapi tak kenyang.

p/s: tak semua baby serasi dengan susu formula yang disarankan oleh teman-teman mamy di luar sana...so keep in try first, than baru mamy boleh tahu baby sesuai ke tak...selamat mencuba ~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: