Saturday, June 1, 2013

Akikah Daris Aryan



Sekali lagi alhamdulillah...syukur seri kepada allah s.w.t kerana pada hari ni 1 Jun 2013 hajat nak buat kenduri akikah daris aryan dah kesampaian...thank you allah !

Terima kasih pada mak, ayah serta keluarga mertua yang telah bersusah payah mengelola kenduri akikah baby daris sehingga selesai walaupun pada asalnya hajat nak buat akikah baby daris pada hari ke-7 tak kesampaian sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Semua hajat nak ikut sunah rasulullah tak kesampaian...sedih sangat tapi kena redho sebab itulah ketentuan dari allah s.w.t dan mungkin itu juga yang terbaik buat baby daris...

Apa Itu Akikah ?

Jom baca serba sedikit apa yang seri tahu tentang akikah ni :

Semasa mengandung, seri pernah terdengar talk di IKIM.fm yang membincangkan kepentingan akikah dalam kehidupan seharian. 

Akikah ertinya membuat penyembelihan binatang ternakan an'am sebagai tanda syukur kepada allah s.w.t di atas kelahiran cahayamata.

Hukum akikah adalah sunat muakad kepada ibu atau bapa kanak-kanak atau sesiapa jua yang menyara atau menjaga kanak-kanak tersebut.

Akikah bagi kanak-kanak lelaki adalah 2 ekor kambing atau persamaan 2 bahagian lembu manakala bagi kanak-kanak perempuan memadai dengan 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu atau unta.

Kambing, lembu atau unta adalah binatang yang disunatkan untuk diakikahkan. Antara binatang tersebut...Kambing jantan adalah binatang yang paling baik untuk diakikahkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ke- 7,  14,  21 atau sebelum anak itu mencapai akhir balil.

Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan atau diberi makan kepada yang beragama Islam. Makruh mematahkan tulang temulang ternakan akikah melainkan dibahagian sendinya sahaja.

Antara kepentingan akikah yang seri nak share kat sini:

> sebagai tanda syukur kapada allah s.a.w atas rezeki yang diberi selain dari ganjaran pahala.
> menghidupkan sunat rasulullah s.a.w.
> membolehkan anak itu tergadai dengan akikahnya...anak-anak tersebut dapat menolong panjaganya diakhirat kelak. Sekiranya tidak dilaksanakan akikah, pertolongan kepada penjaganganya akan tertahan.
> melepaskan kanak-kanak itu dari godaan syaitan.
> merapatkan silaturrahim antara keluarga dan jiran tetangga.

Moga-moga dengan adanya perkongsian ilmu sempena Akikah Daris Aryan akan memberi manfaat buat kita semua.

p/s: ce try tanya mak gan ayah korang...korang dah akikah ker belom ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: