Monday, May 27, 2013

Susu Dumex Mamex Cherish

Jom tukar susu mamy...

Baby Daris dah makin bum-bum dia.

Alhamdulillah...thank you allah s.w.t akhirnya susu formula yang sesuai untuk baby Daris mamy dah jumpa.

Rasa sedih dan susah hati tak lagi mamy seri rasa sebab baby Daris dah semakin berisi bum-bum sejak 2 minggu bertukar susu. Paling gembira bila baby Daris kenyang setiap kali disusukan dengan Dumex Mamex Cherish langkah 0-12 bulan. Pink kala lagi kotaknya...hehehe

Sebelum bertukar ke Dumex Mamex Cherish banyak juga susu formula yang mamy cuba untuk baby Daris antaranya Enmum, S 26 dan Duth Baby. Sayangnya semua susu tersebut ada aje yang tak berapa nak kena dengan baby...dah kenyang tak boleh nak beyak...dah beyak tapi tak kenyang pula...haishhh

Haaa...mamy seri ada beberapa tip nak dikongsikan bersama mamy2 di luar sana macam mana nak kenal pasti susu formula pilihan kita tak berapa nak sesuai  untuk baby kita...yang pertama:

1. Najis.
Setiap kali baby kita membuang najisnya cuba mamy perhatikan fizikal najis tersebut. Sekiranya bentuk najis tu bulat-bulat seakan tahi kambing dan sedikit keras, maka itulah tandanya susu formula tersebut tak berapa nak sesuai untuk baby.

2. Reaksi Baby.
Banyak perkara yang boleh mamy kenal pasti melakui reaksi yang dihasilkan baby seperti ini:

Mengerutkan muka dan bunyi-bunyian.
Sekiranya baby memberi reaksi mengerutkan muka dan diikuti bunyi-bunyian ketika meneran, itu tandanya proses perkumuhan najis baby tidak lawas...berkemungkinan besar najisnya keras...cian kat baby kan..

Termenung. Gembira bila melihat baby yang telah disusukan bermain sendirian. Tetapi sekiranya mamy dapati baby  memberi reaksi seakan termenung selepas disusukan itu berkemungkinan baby tidak merasa puas aka kenyang dengan susu formula tersebut. Ada baiknya mamy membuat keputusan...jom tukar susu...cian baby susu-susu tapi tak kenyang.

p/s: tak semua baby serasi dengan susu formula yang disarankan oleh teman-teman mamy di luar sana...so keep in try first, than baru mamy boleh tahu baby sesuai ke tak...selamat mencuba ~








2 comments:

  1. As salam,
    cerita y salam dgn baby saya..
    skrg dah tukar step 2..mamex explore..

    ReplyDelete
  2. Wslm mar,
    Alhamdulillah...mesti seronok tengok movement baby kan...lapang dada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: