Thursday, February 23, 2012

BUAH BERANGAN


BUAH BERANGAN...semalamnya (hari isnin) bagun pagi je tetiba terus call d'armourezs cakap nak makan buah berangan. Nak sangat-sangat [nada beria2 ni]. Knapa ni tetiba rasa nak makan buah ni lak.

Ermm... bila dah sampai opiz, Seri pun sibuk duk menanya-nanya kat anak-anak buah, mana nak cari buah berangan ni. Budak-budak Seri memang dah lali bila cakap teringin lah nak makan tu nak makan ni...hehehehe...dorang layan jerk Mem dorang yang sorang neh [kalau tak, nanti tak dek la orang yang nak bebel-bebel...pok pek pok pek kat dorang time keje...weeeeee suke korang seh]

so, dah seminggu tak sempat nak gi cari buah berangan tuh...sejak2 acting AO minggu ni, nak makan sekeping roti gardinea pun tak sempat, so malam ni apa yang ada cuma dapat cari gambar-gambar gan info-info berkenaan buah berangan. Dapat tengok gambar dulu pun jadilah.....


ini la rupanya bentuk buah berangan yang dah di buang dari kulit asalnya.

Sebelum ni tau makan jek, malam ni bagus juga sesekali mencari info pasal buah ni. Mungkin masih ada lagi kengkawan kat luar sana yang tak tahu pape pasal buah berangan ni....pe kata korang tak yah berkata paper....jom Seri kongsikan pape yang ada untuk dijadikan ilmu pengetahuan am tok korang pasal buah berangan ni....sumer-sumer sumber informasi dan data-data buah berangan ni seri search dari incik google la. Nak tunggu karya sendiri dari canon d 3100 entah bila nak tercapai...huhuhuh

yummy...sangat sedap tau, mesti cuba


First time makan buah berangan ni masa balik beraya kat Kedah. Time tu ada satu gerai yang jual buah berangan ni. Nama lain buah ni ialah Chesnut.


Ramai juga yang tak tahu rupa-rupanya Chesnut ni buah berangan, buah berangan tu Chesnut....hehehe

ni lak rupa pokok buah berangan 

Buah ni memang bagus sebab tak ada kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit,
hampir tidak tepu dan tiada gluten. Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'.


yang kala hijau tu belom masak,
yang kala perang ala-ala kecoklatan tuh dah masak 

Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.

Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan.

Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin.
Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.


ini lah rupanya buah berangan yang dah masak 

ni lak cara buah berangan ni dimasak. 


Kebiasaanya, buah ni di masak dengan 4 cara;

Membakar
Panaskan ketuhar pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.

Bakar / Panggang / Barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.

Menggunakan gelombang mikro
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.

Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.

ya allah...betapa terliurnya kurasakan saat dan ketika ini...
bila la nak dapat makan buah ni...
mana nak cari...huuhuuh,
bila nak sesangat tak dek lak jual kat area sini, tp yang pasti kat Petaling Street kompom ada...
masalahnya pulak, yang memanggangnya tuh bukan orang islam....aduhhh duhh duhh....
cobaannnn....dugaannnnn......

haishhh layan jerk, kalau ada rezki tak ke mana kan!

~segala sumber data dan photo yang de kat dlm entry ni
sumernya seri amik kat tenet jerk, so.. seri minta halal lah yerk
pada saper2 tuan tanah yang berkenaan~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: