Wednesday, February 1, 2012

Anehnya Mimpi Semalam, Adakah Ia Satu Petanda........

Salam Semua....
             Semalam seri bekerja seperti biasa, jam 1430 meeting mingguan bersama Co berakhir jam 1857 minit malam  dan agak lewat juga pulang ke Mess lebih kurang  jam 1930.  Time balik ke mess tu azan magrib sedang berkumandang...dalam masa yang sama juga senior officer pula dah tunggu nak dapatkan feedback pasal meetting td. Nak tak nak kena juga lah brif time tu juga, nasiblah masih lagi beringat takkala azan tengah berkumandang memang tidak baik sekiranya kita bercakap dan digalakkan untuk kita menjawab azan tersebut (seri kurang pasti hukum untuk menjawab azan tu wajib atau harus, kalau ada sesiapa yang tahu sila betulkan seri yerk.)

              Seperti biasa juga, selepas sembahyang magrib terus bergegas untuk temujanji dengan Cik Sherry sebab tadi lepas meeting nak keluar makan malam dekat Kerabu Kaki Ayam (pernah seri ceritakan pasal kedai makan ni dikeluaran yang lepas....). Setibanya dekat kedai makan...gedebak gedebuk oder makan....makan...bla bla bla sembang pung pang pung pang, makin rancak lak sebab hujan lak turun denagn lebatnya...makanan yang order tadi licin dibelasah hinggakan kenyang gila perut ni dibuatnya.... lepas setel semua bab makan-makan bab sembang-sembang (tak termasuk mengumpat sana-sini) kami pun balik ke haluan masing-masing.

              Lebih kurang jam 0004 mnit malam lepas hubby dah melalut cakap kat tepun, seri pun terus baca doa tido dan terlelap lah mata ni macam biasa......

              Maka bermulalah mimpi yang agak pelik iaitu mimpikan  ular.... ( jam berapa start mimpi, seri tak pasti la sebab dah tertido time tu kan.....) bagi seri mimpi yang dialami ni memang pelik, manataknya dalam mimpi tu seri melihat berbagai jenis ular yang pelik-pelik dan berjenis-jenis warna dan kesemuanya bersaiz besar. dalam mimpi tu juga, seri ada melihat ada orang yang rapat dengan seri dibaham ular...ada juga adakalanya ular tersebut cuba untuk membelit atau mematuk dan menerkam seri....dan kesemuanya dapat seri elak dengan jayanya....alhamdulillah.....selepas berakhirnya semua episod mimpi tersebut tak ada lagi mimpi pasal paper pun sehinggalah terjaga dari tidur pada jam 0830 pagi...masyaalllah terlepas nak bangun subuh, alahamdulillah seri dah kado' balik subuh yang terlepas tu...semoga allah menerima solat yang seri kado'kan tu sebab tak sengaja nak bangun lewat.....astagfirullahala'zim.........

               Berbalik balik pada mimpi tadi.....masa terjaga dari tidur tu, seluruh badan seri terasa sangat sakit dan sangat lemah.....selemah-lemahnya lah sampaikan nak baca maseg yang hubby hantar pun tak mampu. Lebih kurang setengah jam juga lah seri mengumpul kekuatan untuk bergerak dan bangun dari capoi*....hanya allah saja yang tahu betapa siksanya apa yang seri rasa masa tuh.....dan akhirnya alhamdulillah dapat juga melawan segala kelemahan yang dirasakan sebentar tadi. Selepas selesai mandi dan membasuh baju-baju yang selonggok kat dalam baldi biru tuh (main tekan-tekan jek, sebab yang mem basuhnya mesin basuh..muahahaha~) seri rasa sangat segar seolah-olah tak pernah rasa paper sebelum ni...cuma perasaan takut dan berdebar-debar..... dan teriyang-iyang ( ker teringat-ingat eh...hermmmm ) pasal mimpi semalam begitu kuat terasa. Kadang-kadang terasa macam ular-ular tu ada kat dalam bilik neh...alamakkkkk seram jugak ni....

                Untuk menghilangkan rasa takut dan tercari-cari jawapan pada segala persoalan mimpi semalam seri pun cubalah search dekat  http://www.google.com.my  tentang tafsiran mimpi ni menurut kaca mata dan pandangan islam.....dan keputusannya banyak juga informasi yang diperohlehi dan antaranya seperti 5 Tafsir Mimpi Tajul Muluk klik sini http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/04/5-tafsir-mimpi-tajul-muluk.html  .  Kamus tafsir Mimpi Kaedah Al Quran http://kamustafsirmimpi.com/  . 1001 TAFSIR MIMPI: Tentang Diri Sendiri & Orang Lain http://warisanchanteq.com  dan banyak lagi lah di http://www.google.com.my yang penting rajin-rajinkan jari jemari anda untuk menaip search dan bacalah untuk menambahkan ilmu di dada yerk.....!

                Setelah selesai solat asar pun seri masih lagi teringat-ingat akan mimpi ular tersebut....semoga apa yang berlaku ada hikmah dan rahmat disebaliknya

          .....yaallah hanya padamu aku berserah dan hanya padamu jua akan mohon akan pertolongan, lindungilah aku dan harta bendaku dari segala gangguan manusia, jin dan syaitan yang direjam dan ampunkan juga segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, saudara maraku dan muslimin muslimat diluar sana ya allah.....amin ya robbala'lamin~
_______________________________________________
* Capoi merupakan kata ganti kepada katil yang biasa digunakan oleh army dalam perbualan seharian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: