Monday, May 27, 2013

Susu Dumex Mamex Cherish

Jom tukar susu mamy...

Baby Daris dah makin bum-bum dia.

Alhamdulillah...thank you allah s.w.t akhirnya susu formula yang sesuai untuk baby Daris mamy dah jumpa.

Rasa sedih dan susah hati tak lagi mamy seri rasa sebab baby Daris dah semakin berisi bum-bum sejak 2 minggu bertukar susu. Paling gembira bila baby Daris kenyang setiap kali disusukan dengan Dumex Mamex Cherish langkah 0-12 bulan. Pink kala lagi kotaknya...hehehe

Sebelum bertukar ke Dumex Mamex Cherish banyak juga susu formula yang mamy cuba untuk baby Daris antaranya Enmum, S 26 dan Duth Baby. Sayangnya semua susu tersebut ada aje yang tak berapa nak kena dengan baby...dah kenyang tak boleh nak beyak...dah beyak tapi tak kenyang pula...haishhh

Haaa...mamy seri ada beberapa tip nak dikongsikan bersama mamy2 di luar sana macam mana nak kenal pasti susu formula pilihan kita tak berapa nak sesuai  untuk baby kita...yang pertama:

1. Najis.
Setiap kali baby kita membuang najisnya cuba mamy perhatikan fizikal najis tersebut. Sekiranya bentuk najis tu bulat-bulat seakan tahi kambing dan sedikit keras, maka itulah tandanya susu formula tersebut tak berapa nak sesuai untuk baby.

2. Reaksi Baby.
Banyak perkara yang boleh mamy kenal pasti melakui reaksi yang dihasilkan baby seperti ini:

Mengerutkan muka dan bunyi-bunyian.
Sekiranya baby memberi reaksi mengerutkan muka dan diikuti bunyi-bunyian ketika meneran, itu tandanya proses perkumuhan najis baby tidak lawas...berkemungkinan besar najisnya keras...cian kat baby kan..

Termenung. Gembira bila melihat baby yang telah disusukan bermain sendirian. Tetapi sekiranya mamy dapati baby  memberi reaksi seakan termenung selepas disusukan itu berkemungkinan baby tidak merasa puas aka kenyang dengan susu formula tersebut. Ada baiknya mamy membuat keputusan...jom tukar susu...cian baby susu-susu tapi tak kenyang.

p/s: tak semua baby serasi dengan susu formula yang disarankan oleh teman-teman mamy di luar sana...so keep in try first, than baru mamy boleh tahu baby sesuai ke tak...selamat mencuba ~








Love It...Nescafe' Decaf

Alhamdulillah...setelah sekian lama, dah berpuluh-puluh tahun kot sejak dari form one tak minum nescafe' dan akhirnya kini dah seminggu lebih kembali tegar untuk terus menghirup secawan nescafe' panas...thank you allah!

Pada yang nak tahu inilah dia nescafe' decaf ~


Nescafe' ni sama je macam nescafe' yang sedia ada di pasaran cuma bezanya telah dinyah kafin...so pada sesiapa yang mengalami masalah aka trauma sakit kepala tapi still nak juga minum nes boleh la mencuba produk ini. Kompom tak pening pala...layannn

Seri dah cuba...memang superb...masalah sakit kepala aka pening-pening lalat dah tak ada lagi...anda bila lagi?

Kredit to mummyalyssa.blogspot yang telah memperkenalkan kepada seri...hoyehhh~

Friday, May 24, 2013

Alhamdulillah...Thank You Allah


Ku Bersyukur Pada Mu Ya Allah 💟

Nikmat hidup bersama...semoga hidup kita diberkati allah.

Alhamdulillah syukur pada allah kerana masih diberi ruang, peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan...alhamdulillah juga dipanjatkan kepadaNya kerana masih lagi diberi nikmat iman dan takwa...

Alhamdulillah syukur ya allah kerana apa yang dimiliki hari ini adalah anugerah yang Engkau pinjamkan hanya sementara. Nikmat menjadi seorang anak, seorang isteri dan kini bergelar ibu telah Engkau berikan padaku...terima kasih ya allah... Terima kasih emak berkat doa dan redho mu kini kehidupan yang dilalui terasa sempurna dan tenang...gelora badai yang melanda dapat diatasi dengan penuh kematangan. Seakan rindu untuk melalui gelora yang akan melanda kerana iman dan takwa dapat diukur takala mengharunginya...sabar dan tabah itulah yang seri harapkan akan terus tersemat kukuh dalam jiwa...mudah-mudahan allah terus mengizinkankannya  disanubari hati seri...

Semoga kebahagian yang dipinjamkan buat kita kekal hingga ke syurga.

Buat suami yang seri cintai dan kasihi...alhamdulillah terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan tanggungjawab yang telah abang jalankan...memahami karenah dan melayan syg sebelum semasa dan selepas 9 bulan mengandungkan buah cinta hati kita dengan penuh sabar dan tabah. Abg... sakitnya semasa mengandung dan saat melahirkan Muhammad Firdaris Aryan masih lagi terasa dan buat pengetahuan abg dan wanita-wanita diluar sana seri semacam tak sabar untuk mengandung lagi kerana betapa nikmatnya melalui saat-saat sakitnya untuk melahirkan...tidak ada perkataan yang boleh seri gambarkan perasaan ketika itu tetapi itulah bukti keesaan dan kekuasaan allah yang maha kaya...

Sebelum melalui pengalaman untuk melahirkan...seri tertanya-tanya sendirian kalau betullah saat  melahirkan itu menyakitkan kenapa masih ada lagi ibu-ibu dan isteri-isteri di luar sana yang terus menerus mengandung untuk sekali lagi menempuh saat yang penuh getir itu...rupa-rupanya inilah nikmat sakit yang tidak ada tolok bandingnya dari lain-lain sakit yang ada di muka bumi ini. Selain dapat merasa nikmat sakit allah juga telah menjanjikan kita dengan berbagai fadilat kepada mana-mana wanita yang mengandung seperti berikut:

Betapa bertuah dan bersyukurnya seri rasa kerana allah s.w.t telah memberi ruang dan peluang yang tidak terhingga ini kepada seri untuk merasainya...subhanallah...thank you allah.

Sangat tenang takala menunaikan solat adalah perkara pertama yang seri dapati begitu ketara setelah bergelar seorang IBU...alhamdulillah, thank you allah.

Kepada sahabat-sahabatku sekalian atau sesiapa sahaja yang bergelar wanita di luar sana, sekiranya ada yang takut untuk mengandung dan melalui saat-saat untuk melahirkan, fikir-fikirkanlah...sesungguhnya ada hikmah, rahmat dan nikmat yang tersembunyi dari setiap saat kesakitan yang dirasakan...percayalah!


Daris Aryan berusia 2 bln

Untuk anaku Daris Aryan...mamy akan terus berdoa  semoga allah melindungi syg dari segala gangguan iblis, jin, manusia dan binatang buas serta berbisa, diberi rupa paras yang cantik, budi pekerti yang cantik akhlak yang baik, akal yang cerdas dan badan yang cergas...berikanlah kesihatan fizikal dan mental yang baik serta jauhkanlah segala penyakit yang berbahaya...basahilah lidah anakku dengan zikirmu ya allah serta kau berilah anakku ini suara yang merdu untuk membaca ayat-ayat suci al-quranmu dan keberkatan dari Nabi Muhammad s.a.w...kau jadikanlah anakku ini dan keturunannya orang-orang yang mendirikan solat serta berbakti kepada kedua ibu dan bapanya...serta mudah-mudahan anakku ini dan keturunannya akan menjadi ahli syurga mu ya allah...amin...amin...amin ya robbal a'lamin~


p/s: kepada semua wanita-wanita di luar sana, tak kira apa pun gelaran yang anda pilih utk si comel... ibu, emak, mama atau mamy yang penting anda harus berdoa kepada allah s.w.t kerana sesungguhnya doa ibu merupakan doa yang mustajab...dimakbulkan allah s.w.t...~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: