Saturday, May 18, 2013

Embah Orkid, Ipoh Mali 💟

Gelagat embah orkid bersama chacha dan hanah >_<

Alhamdulillah syukur sekali lagi kali ini dapat lagi kembali ke tapak semaian dan jualan orkid, ipoh utara bersama emak tercinta...tiada perkataan dapat digambarkan takala melihat emak gembira meluangkan masanya untuk mencari dan mengumpul koleksi orkid kesukaannya...

"...ya الله panjangkanlah umur ibuku, berikan kesihatan fizikal dan mental yang baik buat dirinya...dan panjangkanlah juga umurku...serta engkau murahkanlah rezekiku agar aku terus dapat berbakti dan membahagiakan ibuku...amin..."

p/s: anak-anak di luar sana, layannn...rencah kehidupan ini yang semakin hari semakin pupus ditelan dek zaman kini yang semakin BZ bersama#rakan2#gajet#hiburan#dll~

Friday, May 17, 2013

Shopping Time 💟 Rileks n Cold Witf Mamy

G
Snap-snap gambar setelah bb iffat n bb daris susu + tukar lampin.

Alhamdulillah...syukur kepada الله hajat nak beli baju baru yang comel dan memenuhi citarasa yang diidam2kan selama ini untuk si comel dak daris telah dimakbulkan الله...gembira gila dibuatnya.

Petang tadi tanpa berlengah ratusan ringgit (RM) telah habis seri belanjakan untuk membeli 20 helai baju bb daris, 3 helai baju bb ifat dan 2 helai baju mamy n Dd daris...wow banyak tu...hehe jangan pulak ada yang kata seri berbelanja sakan n boros yek, mungkin dari segi sudut pandangan dan pendapat sesetengah pihak, korang tidak bersetuju dengan apa yang seri lakukan tapi bagi seri ini adaah suatu tindakan yang rasional dibuat setelah minimbang tara beberapa faktor seperti berikut...tip-tip hemah berbelanja yang seri sering praktikan:

1. Keperluan atau kehendak.
Sebelum memutuskan untuk keluar "bershopping" kita perlu tahu dan kenal pasti apa tujuan sebenar untuk memiliki barangan tersebut...sekiranya sekadar untuk memenuhi kehendak cukuplah sekadar kita membeli apa yang difikirkan perlu tetapi sekiranya ia merupakan satu keperluan bolehlah dibeli melebihi sedikit dari apa yang dirasakan perlu kerana dikuatiri ia tidak mencukupi...dengan syarat berikut,

2. Masa.
Masa sememangnya amat penting buat kita jadi pilih dan tentukanlah masa yang mana sesuai untuk kita membuat pilihan untuk memiliki apa yang diinginkan..seeloknya berbelanjalah ketika adanya SALE bagi menjimatkan kos dan dalam masa yang sama kita mampu untuk mendapatkan produk/barangan yang berkualiti/berjenama...Selain itu pastikan produk yang dibeli tadi mampu diguna untuk jangkamasa panjang...penjimatan adalah sangat penting!

3. Jarak.
"Jauhnya nak g beli...malas la pulak....."hahaahaaar pernah tak kekadang korang rasa seperti apa yang seri rasa tuuu...so faktor jarak juga adalah penting..nak-nak macam seri yang duduk nun jauh di seberang laut ni...bukan kata kat kuching ni tak da jual baju-baju bb tapi design dan pilihan yang ada tak la secantik dan sebanyak macam kat semenanjung ni. Lagipun dari segi harga kat oversea (sabah n sarawak) ni jauh lebih mahal sedikit dari harga di semenanjung...sebab tu la sampai naik "shaih" bila shopping semalam...aduyai...kalau korang pun sama situasinya dengan seri mesti korang setujukan. Faktor-faktor lain seperti pengankutan...ye lah mana ada giant jjeoan atau parkson event tesco yang duk kat ceruk-ceruk kampung kan,so pada kengkawan kita yang kat luar sana...kalau korang da masalah transport or en hubby asyik kerja luar@operasi, bila da dapat peluang bershopping tu...ape lagi borog aje tp jangan lupa menimbang tara faktor di para 1. 2. dan 4...

4. Kemampuan.
Hohoho...ini adalah perkara paling penting/utama untuk difikirkan sebelum kita keluar berbelanja...mana tidaknya kalau RM tak ada macam mana lah kita hendak berbelanja. walaupun ada masanya kita mampu untuk memiliki sesuatu itu dengan mudah apasalahnya jika kita berbelanja dengan berhemah (tunggu time SALE je lah baru beli) agar simpanan bulanan kita boleh ditambah sedikit dari kebiasaannya...tapi kalau barang "tu" perlu digunakan atau nak pakai cepat, maka terpaksalah bekorban skit yek...yang penting niat itu kena betul dan redho...insya الله berkat rezeki kita.

Rasanya cukup dulu kot tips berbelanja untuk kali ini...kalau panjang2 pun nanti ada juga yang tak teringatnya...

Apa2 pun berbelanjalah mengikut keperluan yang rasional, "apa yang dikata orang, kita hanya boleh mendengar dan berfikir tetapi analisis tentang apa yang diperkatakan itu adalah ditentukan oleh diri kita sendiri"...layannn, rencah kehidupan~

Antara koleksi baju yang diborang mamy daris.

Isi perut at old town white coffe with embah orkid n mak long T (jurugambar).

p/s: seri ni memang susah sangat nak membeli-belah tapi kalau dah sekali berbelanja tu haaaa amik kau...jangan tak mampu nak bayar yerk...tu sebab bershopping time SALE 70'/. ni sangat berbaloi...👧

buatlah apa pun, yang penting niat kena betul 🐸 dan pedulikan apa orang kata 💟 layan jerk...rencah kehidupan~

Thursday, May 16, 2013

Kini Kembali Lagi

Lama betul rasanya tidak mengaktifkan ruangan entry di blog seri armourez ni yek...

Alhamdulillah setelah 9 bulan + 2 bulan berlalu akhirnya dapat juga kembali aktif (aktif la sangat yerk) untuk mencoret...mengepos dan menyimpan segala rencah kehidupan yang berlalu pantas meninggalkan kita...

Sedar tak sedar selama sembilan bulan blog aku ini sunyi sepi dek kerana aku mengalami alahan pelik...mana tak nya asal ngadap laptop je mesti aku rasa pening like a bintang-bintang yang berpusing-pusing + muntah-muntah tak kala aku ingin sangat surfing internet...dan kesimpulannya blog dibiarkan kosong tanpa entry berbulan-bulan lamanya....sadis betul rasa dek kerana banyak coretan pengalaman sepanjang mengandung tidak dapat dicoretkan...


Inilah wajah terbaru aku tak kala bergelar seorang mamy...cantik tak?...hehe...tq الله atas kunian rezki kecantikan ini~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: