Wednesday, August 24, 2011

Kerabu Kaki Ayam

Hari ni hari ke 23 Romadhan persamaan hari pertama berbuka puasa di luar....sangat teruk rupanya. Seumpama dah lama tidak menjenguk ke dunia luar...haishhhh...apa-apapun tetap bersyukur sebab terjimat sekejap duit yang ada.

Alhamdulillah setelah meneguk segelas dua cawan air oren yang dipesan kengkawan masa berbuka tadi rezeki makan kaki ayam kt kedai "Kakai Ayam Jln Ipoh" dah tercapai. Terima kasih kepada kengkawan APO Siri 60/2011 yang rancang untuk berbuka puasa di luar.

Harap-harap kaki ayam yang dimakan tadi akan membantu untuk menjanakan kecerdasan minda yang telah dianugerahkan ni. Bukan apa, esok still ada exam perbekalan lagi. Harap-harap esok punya paper tak ke parit cam tadi...hope im pass...thats all~

Apa pengajaran yang dapat di fikirkan time berbuka puasa di luar ni......solat...kesan dan akibat?
Fikir-fikirkan....hermmm~

Teringat seni kata lagu ~ shalat dulu-iwan syahman~
Menghiburkan dan menginsafkan diri sendiri...memang best seh~

Tuesday, August 9, 2011

Ribut Taufan - Luahan Rasa

Huhuhu...pagi yang hening 10 Romadhan, ribut taufan APO telah melanda badai WPSO. Hermmm rupanya yerk...bagus juga dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya ada juga individu-individu yang jenis 'muka tembok' tersedar dari lamunan 'idle' dan mimpi-mimpi indah. Tetapi adakah dan apakah cara ini memberi kesan kepada individu tersebut dengan apa yang berlaku...atau umpama mencurah air kedaun keladi. Individu tersebut rasanya munkin masih lagi di takut lama...tak apa, masalah boleh dibincang...hehehe... itu kan kata-kata azimat dari yang berbahagia PAPO. Ooo berbalik semula kita pada pepatah muka tembok tadi, rasanya tidak akan ada sebarang perubahan sebab sah-sah individu tersebut jenis yang dari muka tembuk yang bermakna dasar muka tak malu...buat salah macam mana pun, ditugur dengan pelbagai cara pun orang tersebut tetap macam tu lah sebab dia tidak ada kesedaran dalam diri. Balik-balik orang yang sama juga yang mencapai tahap pemikiran tertinggi. Pemikiran positif yang bertindak mengikut peredaran semasa. Syabas pada individu tersebut, teruskan dengan apa yang difikirkan. Ingat...Niat Yang Baik Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Baik...insyaallah~
PINJAMAN WANG-BUKAN TIDAK BOLEH TETAPI KALAU SUDAH PINJAM BERINGATLAH UNTUK MEMBAYAR


Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
"Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosa kedua ibu bapa ku...dan aku mohon kepada mu ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati 'dia' yang meminjam untuk membayar semula kepadaku...sesungguhnya engkau yang maha pengasih lagi maha mengetahui akan hal-hal yang tidak aku ketahui...amin"
Subhanallah..maha suci Allah...begitu teruk mentaliti masyarakat sekarang ini.Mana tidaknya sikap suka berhutang sudah menjadi satu trand di kalangan masyarakat kita. Bagi yang berhutang dengan bank tidak menjadi masalah sangat sebab ada hitam putih, tapi ini yang berhutang sesama sendiri. Bukan niat saya untuk memburukan sesiapa tetapi niat ikhlas untuk membantu sesama insan telah disalah erti dan disalah guna. Adakah wajar bagi kita yang telah meminjam wang dari insan yang berjiwa murni melupakan segala janji yang telah dimenterai...atau adakah kita sengaja melupakan apa yang telah dijanjikan setelah mendapat kesenangan dari pertolongan yang diberikan kerana azab kesakitan tidak dirasakan apabila melupakan (buat2 lupa) segala janji yang telah dilafazkan ketika berada dalam kesusahan....'kenapa tidak begitu ramai (kenapa lah si peminjam tak nak berfikir sama seperti apa yang saya fikir) insan kerdil di luar sana yang tidak mahu berfikir seperti apa yang saya fikirkan...sangat teruk dan sangat keji bagi orang-orang yang tergolong di dalam kelompok yang saya maksudkan tadi...maaf ya, saya sememangnya tidak berhak untuk menjatuhkan apa-apa status kepada sesiapa pun tetapi inilah realiti dan kualiti masyarakat kita yang ada sekarang!. Maaf juga pada sesiapa yang tidak bersetuju dan sependapat dengan apa yang saya perkatakan... luahan rasa...
Bukan apa...sedih memikirkan nasib yang menimpa Insan Tercinta (IT). Niat baik membantu pihak atasan rupa-rupanya sudah terbalik menjadi mangsa pula. Kepada pihak atasan yang berkenaan (PAYB)..."dah macam istilah low pula", sekiranya kamu terbaca apa-apa yang saya maksudkan ini, maka baguslah...banyak-banyakan berfikir akan tindakan yang telah kamu/Tuan lakukan, dan cuba bayangkan juga sekiranya kamu/Tuan berada ditempat IT saya..."ni mesti tak da masa nak bayang-bayang, kalau tak, takan lah boleh jadi kes macam ni erk". Pernahkah kita terfikir...mengapa perlu kita mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain yang sanggup berusaha dan bersusah payah + berani untuk menangung risiko (mohon pinjaman bank la, susahnya bulan-bulan bayar loan la, risikonya kalau tak bayar nanti nama black list) dalam mencari sesuatu kesenangan, sedangkan kita tidak berani untuk melakukan sedemikian rupa malah hanya berani menggunakan kuasa sebagai seorang 'orang atasan' yang kononnya berkuasa untuk mengarah sesiapa sahaja yang ada di bawah untuk mencapai kesenangan (sungguh memalukan).
" Dunia...dunia...padan lah sakarang ni banyak sangat berlaku kes-kes yang tidak masuk akal langsung seperti membunuh, merompak, merogol, peras ugut, rasuah, dan banyak lagi....kenapa seh..haishhh". Ermmmm.... Jawapannya, sangat senang...kaji balik dari mana datangnya sumber kewangan yang kita perolehi tadi (pesanan khas kepada sapa-sapa yang telah bergelar bapa, ayah, papa, dady, abah, ibu, emak, mama, mamy dan juga kepada diri saya sendiri dan IT..)!.
Kepada para ibu bapa yang bekerja...saya menyeru...tolong lah, tolong lah lakukan kerja dengan seikhlas dan sehalal yang boleh agar rezeki yang diperoleh itu nanti menjadi rezeki yang halal...dan kasihanilah anak-anak kecil kita yang tidak berdosa dari terus menjadi insan yang tidak sihat dari segi rohani walaupun secara fizikal ia nampak begitu sihat..(.Ermm susah ni orang nak faham...).
" Ya Aallah...tabahkanlah hatiku untuk terus memiliki hak itu sekiranya telah ditakdirkan ia (wang yang dipinjam) itu milikku dan rezekiku...amin" ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: