Thursday, May 31, 2012

Kampungku


tak pernah rasa begitu teruja nak balik kampung esok...
cpt lah kelas habis....

Rindu Hatiku

huhu tetiba rasa rindu sesangat pada mr armourezs. kat manalah dia berada sekarang ni. tak ingat ker dia kat orang di sini.ternanti2, tertunggu2...hermmmmm~

Wednesday, May 30, 2012

Pakir Oh Pakir

27 Mei 2012
Dengar riang gumbiranya saya  bertolak ke IPDA, PD untuk mengikuti Kursus KIK yang akan berlangsung dari 8 Mei hingga 8 JUn 2012. Jom ikuti kisah yang berlaku kat sana:

Setelah selesai check in hostel.


Penuntut : Salam Stf, tumpang tanya dekat mana saya nak parking keter yek?
Staf MT : Pn, nampak tak garaj kat hujung sana tuh (sambil menunjukan jari ke arah parking).
Penuntut : Oooo ok. trima kasih yerk.
Saya pun trus je drive ke tempat yang dimaksudkan. Hermmm kosong jer tempat parking ni.
hehhe bestnya.

28, 29 Mei 2012
Dengan riang rianya kelas berjalan seperti biasa. maknanya dah 2 hari kereta kesayangan saya tuh tak bergolek tanyarnya....haishhhhh....

30 Mei 2012
masuk hari ke -3, teringat nak panaskan enjin keter. maklumlah keter saya tuh keter auto. karang tak pasal2 enjin koleps. sambil berjalan menuju ke garaj kete ditemani budy bilik sy trus hidupkan keter tanpa melihat keadaan persekitaran sebab keadaan kat tempat tu memang gelap gila.

lebih kurang 3 minit cam tuh sy pun mula la nak bergerak tp dlm hati da terdetik...'eh knapa keter ni macam makin rendah jerk'. Alahai, setelah disiasat ala2 jamesbond, rupa2nya  tayar keter ku empat2 telah dipancitkan...hohohohoho, macam nak jerk nyanyi lagu jingle bell ...jingle bell...jingle bell a away.....hayak...aduyai....sapa la punya kejer ni. hermmm reddo jerk lah.

sedikit pun saya tak rasa bersalah sebab " ello mr, i recheck aper b 4 i park ok....so ko tuh yg biul tak jelaskan dengan terang benderang, apa yang boleh n apa yang tak boleh, huh sengal ". geram jugak time tuh. tapi tak pelah, nak buat cam ner nasi dah jadi bubur.

Pepun alhamdulillah, berkat sabar (mungkin sebab teraniaya kot) Allah telah permudahkan urusan tayar2 ku yang pancit mancit td tuh. Alhamdulillah...syukur.

Moral of d story, be where jerk lah walau dimana berada n sentiasa positif thinking yerk...insyaallah allah sentiasa bersama org2 yang benar~

(rupa2nya parking berbumbung memang dah dikhasnya untuk staf). sebabkan saya ni baru first time dtg ke sini, mana lah tahu 'do n dont' yg ada kt tompet ni hah.

Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

tetiba terdengar lak lagu ni kat radio....
terkedu dan syahduh seketika teringatkan arwah ayah dan arwah embah.

betul2 terasa ke dalam hati, last menatap wajah embah pada hari Ibu yang lalu,
sempat salam dan cium tangan arwah sebelum balik ke KL,
kenangan terakhir, embah makan roti subway yang kita buat, terharu sesangat
mengalir air mata...sgt2 sedeh~

Tankz Ya Buddy~



tankz to
kesumaangsana and el nino cuz joit diz blog.
jum kita terjah dorang nya blog nak......
weeee...jom klik~


SYIAH II

pinjam pic dari  incik googel.

SEJARAH DAN KELAHIRAN

Kali ini saya nak bercerita pula asal usul fahaman SYIAH. Asalnya bermula (mengikut pengkaji terdahulu dan sekarang) menyatakan bahawa mazhab SYIAH ini diasaskan oleh Ibnu Saba'. Nama Ibnu Saba' ini disebut2 di dalam kitab2 Sunah dan juga Syiah.

Ibnu Saba' atau nama sebenarnya Abdullah bin Saba' adalah merupakan seorang Yahudi dari Yaman. Beliau juga merupakan pengasas kepada Syiah Saba-iah iaitu golongan Syiah Plampau. Memeluk Islam dihujung zaman Saidina Uthman r.a dan menjelajah keseluruh kota2 Islam dalam usaha untuk menyesatkan umat Islam. Melalui buku2 muktabar Syiah sendiri, telah menyatakan bahawa Ibnu Saba' adalah orang yang mula2 melahirkan caci cela terhadap para sahabat, dan menyatakan wajib bagi Ali r.a menjadi Imam serta menyatakan Ali adalah orang yang diwasitkan oleh nabi SAW untuk menjadi imam. Perkara ini telah menjadi asas tasyayyu' yang di pegang oleh tokoh2 Syiah. Sungguh menggerunkan bukan.

 SUMBER PRINSIP TASYAYYU

Ada pengkaji menyatakan sumber prinsip tasyayyu' berasal dari:
  1. ajaran Yahudi.
  2. ajaran Parsi.
  3. prinsip2 akidah dari kawasan asia klasik seperti Budhha dan selainnya.
hermmmm. Macam mana ni. Boleh ke kita percaya kalau sumber asanya dah dikatakan oleh para pengkaji dari  seperti rujuk 1 hingga 3. Fikir2kan.

PEPENDAPAT SUMBER AJARAN SYIAH  DARI AJARAN LAMA ASIA

Yang ni pulak kata2 oleh Prof Ahmad Amin "DI BAWAH FAHAMAN TASYAYYU'  di bawah fahaman tasyayyu' terdapat konsep perpindahan roh'. Sebahagian golongan orientalis menyatakan bahawa banyak akidah yang BUKAN ISLAM menyerap ke dalam ajaran Syiah. Alamak, camner ni. Kalau nak lagi faham boleh baca buku2 ni Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah, Jilid I, halaman 37 dikarang oleh Mohammad Abu Zahrah.

Kumpulan2 Syiah. Kalau nak tahu tunggu keluaran Syiah III ya. Perut ku dah memulas2...aduyai....nak info lebeh klik sini. klik jangan tak klik. Entry di atas adalah apa yang saya faham base on kepada pembacaan saya berkenaan SYIAH.

Dalam Kenangan II


Lebih kurang jam 1100H 30 Mei 2012 bersamaan 9 Rejab 1433 H,
arwah embah Tohid telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Muar Johor.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amal soleh yang dilakukan.

Bersemadilah dengan tenang...insyaallah berjumpa kita di akhir sana.

"hidup itu satu kelahiran, mati itu satu kepastian"

~al-fatihah~

Tuesday, May 29, 2012

Dalam Kenangan~


Hj Abdul Syukor bin Abdullah Dalam Kenangan.
(1925-2012)

Semoga Embah Halus, emak dan seluruh ahli keluarga tabah mengharungi detik kehilangan insan tersayang, lebih kurang jam 290830H Mei 2012  bersamaan 8 Rejab1433 H kembalinya Hj Abdul Shukor bin Abdullah,   kerahmatullah pada usia 87 tahun. Semoga arwah Embah Tohid ditempatkan disisi orang-orang yang soleh serta diampunkan segala kesilapan sepanjang hayat beliau...Al-Fatihah ~

Syiah



Minat membaca semakin membara. Best rupanya membaca ni. Inilah dia buku berjudul Membendung SYIAH di Malaysia. Nah amik kau, jangan terkejut lak, buku ini menjadi pilihan saya. Rupanya memang cetek ilmu pengetahuan yang saya ada. Ingatkan Syiah tu apa tapi rupa-rupanya bila dah baca baru tahu. aduh begitu menggerunkan.

Teringat masa beraya di rumah mentua di Alor Setar, Kedah. Semasa bertandang ke rumah sedara mara, sempat juga ibu mertua saya bercerita pasal SYIAH dan menunjukan kawasan sekitar yang banyak terdapatnya masyarakat kita mengamalkan fahaman ini. Pada masa tu main angguk2 je disebabkan terkejut dan berfikir "ada ke masyarakat kita macam tu". Tapi setelah saya sendiri mendengar ceramah yang disampaikan ustad ketika di Masjid Kem Wardieburn, Setapak semasa Hari Pengajian MK 4 Div, gerun juga dibuatnya.

Teringat juga kisah yang ibu mertua saya ceritakan, ada seorang hamba Allah ni sampai bercerai-berai dengan suaminya kerana setelah berumahtangga hingga memiliki 2 orang cahaya mata, beliau baru mengetahui bahawa suami dan keluarga mentua mengamalkan SYIAH (ini kisah benar). Sedih dan luluh hati hamba Allah tersebut. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan.

Apa yang penting, kata ustad dan isi buku yang ingin disampaikan oleh penulis kepada semua bahawa  fahaman SYIAH  kini kian menular di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kawasan yang banyak pengikut SYIAH  adalah disekitar Sungai Petani dan Pendang, Klang serta di Lembah Klang.

Umat Islam di Malaysia kurang mengetahui tentang SYIAH sebab mereka beranggapan ianya satu mazhab Islam. Ramai pengikut dikalangan fahaman ini sama seperti umat islam yang lain: mereka juga berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan mencintai para keluarga Rasullullah S.A.W.

Berehat seketika...nanti saya sambung lagi cerita pasal SYIAH ni yerk.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Sunday, May 27, 2012

Orkid II - Rawang, Selangor




 Alhamdulillah.....akhirnya hajat nak bawa Mak tercinta shoping orkid dah termakbul (setelah terkansel sebab BERSIH 3.0 hari tuh la ni...hermmmm geram tol)...semoga dengan sekelumit usahaku pada hari ini dapat mengembirakan hati Mak tercinta di Hari Ibu yang lalu (ni la hadiah tok Mak saya, 10 pasu bunga orkid berharga RM***.**...hebat...heheheh)....hanya ini yang mampuku lakukan demi Mak tercinta.....muahhhh lebiu Mak~

Jom layan karenah Mak...tak larat nak tulis pepanjang...10 hektar luasnya taman orkid ni...4,000  jenis spesis orkid yang ada, habis sumer di round nyer....hayak....



































Bersambung untuk Siri Orkid III yang akan datang yerk....pada sesapa yang berminat nak datang ke taman orkid ni...nnt Seri masukan add nya....Namekad tertinggal kat dlm bag mak kat kg, so untuk makluman korang peminat2 orkid, tempat ni betul2 terletak dekat/berhampiran simpang ke Tasik Puteri (kalau dari KL dekat sebelah kanan, kalau dari Batu Arang sebelah kiri.).

 Layan beb...memang best...puas hati lah.
Yang penting sediakan duit jerk....pas tu borong jerk pe yg korang rasa nak beli...muahahhaha~

Thursday, May 10, 2012

Wednesday, May 9, 2012

Sekadar Renungan Bersama

Lesson Learn Today: Cari ilmu...biar penuh didada, jangan nanti bila da jadi boss, sesuka hati nak cakap kerja orang bawahan salah.....check back, check yourself...sapa yang sebenarnya yang dah tercheckmate kan diri sendiri...lalalalala.....renung-renungkan ~

Saturday, May 5, 2012

Relax Chair

De' Aero Massage Chair.

Alahai...baru RM 11,988.00...
Tak la mahal sangat bagi yang bergelar orang kaya @ bergaji besar.
[berapa ramai orang-orang kaya yang dah memiliki kerusi ni yerk,
tp i think x ramai kot yang beli...yer kerrr]

Alangkah bestnya kalau da sebiji kat rumah yerk,
dapat lak beli sebiji lagi tok emak...pun best juga kan.
Hermmmm...bila la nak boleh rilax2 kat atas kerusi tuh.
.
wen mydream come true.....
so, i wan it...~

[mr armourezs i want...i want]

Friday, May 4, 2012

HUT Chacha and Annah





Selamat Hari Ulang Tahun
ke-3 buat Seri Adriana Hannah (Annah), 3 Mei 2012
&
Seri Alissa Zahra ke-5 (Chacha), 13 Mei 2012.

Semoga membesar menjadi anak-anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat....

dari
Bik Na dan Achik Amor.

Thursday, May 3, 2012

Sing a Song with Life Band


Inilah dia lirik lagu pertama yang Seri nyanyi bersama life band...huhuhu
cam tak caya seh...



 Studio Unplugged @ Studio RUCOG menjadi saksi kemerduan suaraku
berkumandang....weeeee TQ to Kak Nor, sebab bagi mike suh nyanyi
[terkejut my sunray minor bila Seri bagi tau,
 nanti kena nyanyi time D-day hi-tea Datin Bedah...huhuhu]



Kecik jerk Seri tengok drum mimi ni. Tapi bila sekali dia berfungsi...fuyoooo,
meletop kau....best....
[bestnya kalau la da satu kat bilik, beboring jerk...le layan]


hermmm, sejak dua menjak ni banyak betul buat tugas yang tak dirancang. Alhamdulillah...
walaupun tak dirancang tapi tetap menjadi dengan baik.
So, tankz pada sesapa yang memberi peluang pada Seri untuk membuktikan sesuatu...

cewahhhh...heheheh...weeeeeeee suker seh~

Wednesday, May 2, 2012

BSLN - APRIL 2012

Bersih..bersih..bersih...balik balik BERSIH...
Sekarang ni memang hangat sana sini bercerita isu bersih ni.
So, apa kene intro BERSIH ni dengan tajuk entry kat atas tu eh...hahahahah jom,
jom, kita layan gambar dulu...


 First time mr armourezs tengok reality
'dunia seni' setelah 27 tahun dipermudahkan dalam segala urusan,
...ala cianyer cyg eh.


 well...BSLN i'm come back...come back as a visitor lol...
5 tahun dah berlalu, akhirnya bersua juga yek.


 Fuhhh...tengok ni, gaya mr armourezs melihat hasil seni yang dipamerkan....
tangan siap masuk kocek tuh....[masuk poket daa].


 aiii cyg faham ker....kusyuk betul yerk..hermmm layan jerk...



 taraaaaaa....i really like it....so intressting. Haaaa nak tau apa  ke benda ni,
moh la kita ke BSLN.



 uhhhhh berat seh....boleh tahan la kalau nak mengankatnya sesorang neh....
[kan best kalau boleh letak kat umh...alahai...]



 Tomeinya muka lagu tuh erk. So nice n ciut seh.
Hasil karya yang simple tetapi menarik. Memang sangat berbakat.
Suker sesangat...weeeee~



 ntah...pe jenis gaya la pulak ni....janji best...
puas rasa bila dapat bergambar dengan karya yang sememangnya tomiey n ciut ni....



 Cam conteng-conteng je kan....tp ce kita buat, kompom tak kiut kan...
dah lama meninggalkan aktiviti conteng-conteng neh...really mis u 'myartdinz'.
['myartdinz - nama pena yang digunakan semasa menghasilkan karya time dulu-dulu]
[ nama-nama lain aku_artdinzs]


 rasa cam nak pelok-pelok  jerk neh.....TEBABO!



 ah sudah...knapa pulak ni....sedang bertarung ker encik armorezs oiii.
[penangan setelah melihat karya PERTARUNGAN yang sangat best]



 alamak...cam nak terbang jerk....eeeee malu seh...
[hasil karya mr armourezs, bolehlah]



 heiiii, mr armourezs apa kamu buat tu.....tuttttt...hehehehe



 kusyuk la pulak....teringat time CIPTA dulu-dulu.
[CIPTA - Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir, UNIMAS 2008]


so...habis sudah melayan gambar.
Time orang lain mengsebuk-sebukan diri melaungkan reformasi... allah huakbar...dan
bla...bla...bla...blaa...kami berdua berkesempatan menjenguk sebentar ke galeri Balai Seni Lukis Negara (BSLN) yang terletak bersebelahan dengan Istana Budaya (IB).

Tarikh keramat 28 April 2012, Ahad menjadi sejarah dalam hidup mr armourezs sebab itulah first time dia menjejakan kaki ke tempat-tempat yang penuh dengan inspirasi dan cetusan idea.

Setelah 5 tahun meninggalkan BSLN pada 2006, akhirnya 2012 termakbul juga hasrat nak bawa mr armourezs ke tempat-tempat yang pernah menjadi memori suka duka time study dulu.
heheheh dulu datang balai as a practical tranning, tapi hari tuh datang balai as a visitor la pulak.
best  je rasa...dan bertambah teruja bila dapat jumpa balik dengan abang-abang n senior yang still setia kat balai. Tapi tak best sebab tak dapat jumpa gan otai-otai yang lain. Rindu juga pada Kak Shima dan Kak Kamariah....also pada Kak Ieja, Kak Noni n Iena [errr da lagi ke dorang tuh ehhh.]

Jalan punya jalan...pusing punya pusing...tengok punya tengok.
Tak sedar rupanya dah habis 3 level x dengan 2 galeri jawabnya 6 galeri dah pun habis di teroka.
Tengok mr armourezs punya komitmen pun agak bagus...memberangsangkan. Mana taknya, punyalah semangat plus minat dia dok prati je sorang-sorang peserta benkel melukis. Kejap-kejap ke kiri, kejap-kejap ke kanan, kejap-kejap kedepan, kejap-kejap kebelakang....haishhhhh seronok tol tengok.

Hahahahaha...da satu benda yang membuatkan seri tergelak besar time turun eskalator masa meninggalkan ruang pameran. Dengan tetiba je mr armourezs cakap, 'syg, stim pulak abg rasa tengok gambar-gambar tadi.' Aduyai....abg neh cam gitu pun boleh stim ker....lalalaaaaaa
sekian, terima kasih...jumpa lagi~

more info pasal BSLN klik sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: