Wednesday, April 25, 2012

Akhirnya Mengandung Sudah....

Alhamdulillah, akhirnya mengandung sudah anak buahku si Jaja sorang neh. Kandungan mencecah 2 bulan...besssttttnya....[seri bila lagi..lalala].

Penantian plus usaha selama beberapa bulan membuahkan hasil. Katanya usaha dan kerja keras berhasil di atas sokongan sampliment yang diambil [apa-apa pun semuanya dengan izin Allah yerk...jgn lupa seh]....hah apakah sampliment itu...jeng...jeng...jeng....jawapanya adalah asid folic...i repead asid folic....

Apa itu asid folic...haaaa pada sesapa yang nak tahu atau tak pernah tahu, apa kata jom kita amik tahu sekarng apa itu asid folic (AF). AF adalah merupakan vitamin B9 yang selalunya terdapat pada sayuran hijau, jus buah atau bijirin.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan mulus
apa kata kita semua rerajin menerjah ke alamhamil untuk mengetahui informasi berguna ini.
Kepada sesapa yang tak mo terjah tu tak mengapalah sebab seri akan 
ceritakan serba sedikit apa kepentingan AF ini kepada kita terutama kepada 
wanita yang baru mendirikan rumah tangga.
[ mostly ramai yang tak tahu kan, sebab kita ni malas membaca...ahakz, jangan marah yer].

Meh jom baca,
AF ni kita perlu bila kita merancang untuk mengandung @ hamil. Cara pengambilanya pula,
kita kena makan 3 bulan sebelum nak hamil tuh...
contohnya kalau kita nak hamil bulan 3 atau 4, so bulan 1 tuh
kita da boleh amalkan AF ni. Kena amalkan sehingga hamil sampai lah 3 bulan pertama selepas hamil.
haaaaa senang bukan.....[lps ni boleh terus on okeh].

Kebaikan AF, boleh mengurangkan risiko untuk mendapat baby yang cacat terutama kecacatan
saraf, otak dan saraf tunjang.

So itu saja ulasan seri untuk AF ni. Kalau nak tau lebih banyak lagi
kenalah banyak membaca dari sumber-sumber yang bernas okeh.


Semoga impian menjadi kenyataan...


~Mom to be~



1 comment:

  1. Bantal Ibu Mengandung : Pregnancy Pillow : www.pregnancypillow.com.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: