Friday, February 10, 2012

Kenapa Jadi Begini~






salam sumer.....
tetiba rasa nak tulis sesuatu, nak share sesuatu yang seri rasa perlu untuk semua pembaca diluar sana tahu apakah sebenarnya punca sesuatu masalah dalam kehidupan berlaku....

siang tadi seri ke tempat kerja macam biasa. hari ni agak stress sedikit seri rasa ditempat kerja sebab apa yang seri nak kan tak boleh dicapai oleh orang lain...so layan je lah nak buat camane kan...hermmmmm, kenapa erk~

entah kenapa hari ni banayk sangat sana sini orang bercakap pasal dosa dan pahala....masyaallah...apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni.... ceritanya begini, naj dijadikan kisah dan tauladan...sorang anak buah seri (bukan anak sedara tapi ni anggota/pekerja di tempat seri bekerja...kami lebih selesa menggelarkan anak buah sebab kalau nak cakap orang bawahan macam tak beh la pulakkan, nampak macam ada diskriminasi darjat lak)....anak buah seri ni seorang perempuan. sayangnya dia telah terkantoi cek in dengan sorang mamat ni, kira dia punya kekasih hatilah tu....kantoi sebab da mulut-mulut yang berbunyi...mulut tempayan...ermmm kadang-kadang bagus juga yek bila ada mulut-mulut yang berbunyi atau ada mulut-mulut tempayan yang tak boleh nak simpan rahsia dengan bab-bab atau hal-hal yang macam ni...ye lah bukan apa sebab perkara-perkara yang laro macam ni dapat dibanteras. setelah ditanya dan disoal selidik...gedebak gedebuk kanapa dia mudah sangat nak jadi smart tek (istilah baru untuk pompuan-pompuan yang mudah sangat nak bagi pe saje yang dia ada pada mana-mana jantan...agak kasar bunyinya yek)....so,dengan rasa tidak bersalah dan slubernya, mudah sangat jawapan yang budak pompuan ni bagi...."apa masalahnya puan, saya dah nak kawin pun...." Ya allah....kenapalah budak pompuan ni jadi macam ni yek...agak-agak dimana silapnya....salah ibu bapa kah yang tidak mendidik....atau salah empunya diri sendiri yang tidak kuat pegangan agamanya......tepuk dada tanya lah diri kita sendiri tuan-tuan dan puan-puan...kemanakah hilangnya perasaan takut...perasaan bersalah...atau setidak-tidaknya merasa malu dengan apa yang telah dilakukan....bukanlah seri nak menggalakan dosa berleluasa tapi setidak-tidaknya punya rasa malu dengan  apa yang dibuat sesama manusia pun dah kira amat lah bagus ye tak....dan akhirnya apa yang boleh kami sebagai pemimpin yang merasakan ini adalah satu kewajipan dan tanggungjawab untuk menegur dan membetulkan semula akidah dan kefahaman yang budak pompuan ni rasa hanya cukup setakat memberi nasihat, teguran dan hukuman yang setimpal....selebihnya terpulanglah kepada individu tersebut samada untuk berubah atau sebaliknya.....insyaallah....

dan untuk makluman juga, siang tadi hati seri betul-betul tersentuh dan terasa amat sakit yang teramat sangat kerana saudara yang seri sayang tidak boleh menerima teguran yang seri lakukan....masyaallah...kenapa sampai jadi macam ni...dimanakah rasa bersalah di hati kamu wahai saudaraku....kenapa kamu tidak memahami apa yang ingin saudaramu ini sampaikan....sepatutnya kamu bersyukur kerana masih lagi ada saudaramu yang ingin menegur dan mengingatkan akan kamu sekiranya kamu tersalah dan tersasar dari landasan....dan sekerinya kamu tidak boleh menerima teguran yang diberikan....tidak mengapa...mungkin suatu hari nanti kamu akan berterima kasih kepada saudaramu ini akan apa yang telah ia lakukan....dan ingatlah tiada perkara yang lebih membahagiankan selain dari mendapat restu dan doa seorang ibu....!

dan apa yang seri terfikirkan....kenapa mereka ini melakukan dosa...kenapa mereka ini tidak boleh ditegur...kenapa mereka tidak merasa malu dalam melakukan sesuatu dosa.....mengapa...mengapa dan mengapa yerk........adakah menegur sesuatu perkara yang sememangnya salah atau sesuatu yang tidak pasti akan kebenaranya itu merupakan perkara yang dianggap penyebuk atau menjaga tepi kain orang....apalah dunia.....knapa erk?

dan mungkin ini adalah merupakan sebahagian dari jawapan kepada persoalan-persoalan yang berlegar-legar difikiran kita semua.....jagalah sumber makananmu wahai sahabatku sekalian sesungguhnya hati akan menjadi gelap gelita jika sumber makanan yang diperoleh bukan dari sumber yang halal....dan seri juga menyeru kepada semua agar prihatinlah dalam memilih makanan.....jauhilah dari memakan makanan yang disediakan oleh mereka yang bukan beragama islam kerana seingat seri pesan seorang ulama menyatakan bahawa sekiranya kita memakan makanan yang disediakan oleh orang yang bukan islam, satu titik hitam akan singgah di hati dan semakin banyak titik hitam yang ada di hati kita maka semakin susah untuk kita mendapat hidayah dari Nya....dan menjadi kebiasaan kita sekarang ni makanan halal cukup setakat adanya tanda HALAL yang dipaparkan di dada-dada restoran yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. mungkin ada benarnya juga mengapa sekarang ni menjadi-jadi sikap manusia yang penuh dengan dendam, dengki khianat, hilang rasa prikemanusiaan sesama insan (membunuh, merogol, merompak dan banyak lagi). adakah ini semua berpunca dari tumbuhnya bak cendawan kedai-kedai dan gerai-gerai makan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan dan menitik beratkan hal HALAL dan HARAM.....seri juga menyeru kepada penjaja makanan dan pemilik kedai makan terutamanya kepada mereka yang beragama islam...tolong lah....tolonglah tuan-tuan dan puan-puan agar menitik beratkan hal-hal HALAL HARAM di dalam menyediakan makanan...contohnya, berapa ramaikah penjaja makanan dan pekedai makanan yang membasuh telur ayam yang digunakan di dalam masakan mereka...ini kerana kebanyakan telur ayam yang berada dipasaran kita tidak dibasuh dengan bersih terlebih dahulu...fikirkan....dari mana sebiji telur ayam dihasilkan, bukankah ia terhasil melalui lubang dubur seekor ayam....betulkan.....jadi, apakah benda-benda lain yang juga melalui lubang yang sama....yaaaa memang betul...sudah pasti tahi ayam juga melalui  saluran yang sama. adakah tahi ayam itu najis....yaaaa sudah pasti ia najis kan tuan-tuan dan puan-puan, jadi apakah yang harus kita laksanakan sekiranya ada benda yang terkena/mengandungi najis.....

fikir-fikirkan....renung renungkan....dan semoga ingatan ini akan memberi manfaat kepada seri dan juga semua yang berada di luar sana....renungkan dan fikir-fikirkan lah...hingga berjumpa lagi.....wasalam~

seri pernah juga mendengar, ada yang menyatakan bahawa hukum makan telur
yang tidak dibasuh terlebih dahulu dengan air adalah haram....sejauh mana kebenaranya...
sama2lah kita mencari jawapannya~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: