Friday, February 24, 2012

Web Cam 2 Benua













Mamee 'Cup Crazy' Contest

ellluuuu....jom...jom cepat wei....
jom sertai contest ni lak, Mamee 'Cup Crazy' Contest...


Adusss maleh nya nak taip semula...
ermmm so Seri copy jerk bebulat kat sini...
Sesaper nak join klik sini yerk...
Lain2 info cam yg ada kat bawah ni ehhh...

“ Join the Mamee 'Cup Crazy' Contest and stand a chance to win yourself one of three Apple iPhone 4S smartphones every week.

Here's how you can join this contest:

1) Purchase any contest edition Mamee cup instant noodle.

2) Send in an SMS together with the SMS code and
answer the question that can be obtained from the product packaging.

Winners will be selected on a weekly basis based on
the most number of correct entries sent in a given week.

Weekly Prize: 3 x Apple iPhone 4S

For further information, please log on to the contestwebsite.

Contest period: 13 February - 29 April 2012 (11 weeks) ”

"good luck seh"


Jom Klik Klik Dan Menang

Sangat suka mengambil gambar !

Apa kata anda sertai pertandingan yang dianjurkan oleh
National Geographic dan Canon ni.
Senang ajerk weii....tangkap je gambar-gambar yang berkonsepkan budaya dan
yg ada unsur-unsur warisan kebudayaan, lepas tuh hantar jerk ke sini yerk.
Mana lah tahu untung sabut timbul, untung korang leh menang kan !

Hadiah-hadiah lak memang best seh...


8 x Hadiah Utama

Akan ada 8 Pemenang Hadiah Utama, termasuk la Singapura dan Malaysia. Masing-masing akan dapat melaram la gan kamera Canon EOS600D DSLR.

Selain tuh dapat gak terbang ke Bali untuk menyertai ekspidisi fotografi di sana...[banyak rahsia dan tips2 akan dibagi oelh Incik Jino Lee tau...so kalau nak kena laa menang dulu..heheh]


2 x Pemenang Pilihan

Haaa..sesapa yang bernasib baik dipilih oleh pegundi tok menang, akan dapat hadiah ni pencetak Canon PIXMA/ SELPHY Foto. [nak menang undi ler sendiri bior banyak yerk..hhihihih]


2 x Pemenang Bertuah

Pemenang pengundi bertuah! Jeng2 jeng2...kalau korang menang part ni memang bertuah lak  sebab hadiah dia korang akan dapat Canon EOS setiap sorang. Akan



CARA UNTUK MENANG

[sonang jerk ni...]



1. Hantar foto korang tuh ke peraduan seperti tarikh ni yerk:

16 Januari 2012 hingga 4 Mac 2012


2. Undian orang ramai:

19 Mac 2012 hingga 15 April 2012

60 foto yang dah disenarai pendek dari Singapura dan Malaysia akan dibentangkan untuk undian awam...



3. Pemenang Akan diUmumkan pada:

Mei 2012


Ha...berminat tak....
klu berminat...Nak tau lebih lanjut, korang gi jerk kat
laman web nie  


* Penyerahan akhir: 4 Mac 2012 tau..



Thursday, February 23, 2012

PISANG KER NI?

lol, pulak dah
hahahahahahhaa.....................

haishhhh, layan jerkkkkkkk.......

BUAH BERANGAN


BUAH BERANGAN...semalamnya (hari isnin) bagun pagi je tetiba terus call d'armourezs cakap nak makan buah berangan. Nak sangat-sangat [nada beria2 ni]. Knapa ni tetiba rasa nak makan buah ni lak.

Ermm... bila dah sampai opiz, Seri pun sibuk duk menanya-nanya kat anak-anak buah, mana nak cari buah berangan ni. Budak-budak Seri memang dah lali bila cakap teringin lah nak makan tu nak makan ni...hehehehe...dorang layan jerk Mem dorang yang sorang neh [kalau tak, nanti tak dek la orang yang nak bebel-bebel...pok pek pok pek kat dorang time keje...weeeeee suke korang seh]

so, dah seminggu tak sempat nak gi cari buah berangan tuh...sejak2 acting AO minggu ni, nak makan sekeping roti gardinea pun tak sempat, so malam ni apa yang ada cuma dapat cari gambar-gambar gan info-info berkenaan buah berangan. Dapat tengok gambar dulu pun jadilah.....


ini la rupanya bentuk buah berangan yang dah di buang dari kulit asalnya.

Sebelum ni tau makan jek, malam ni bagus juga sesekali mencari info pasal buah ni. Mungkin masih ada lagi kengkawan kat luar sana yang tak tahu pape pasal buah berangan ni....pe kata korang tak yah berkata paper....jom Seri kongsikan pape yang ada untuk dijadikan ilmu pengetahuan am tok korang pasal buah berangan ni....sumer-sumer sumber informasi dan data-data buah berangan ni seri search dari incik google la. Nak tunggu karya sendiri dari canon d 3100 entah bila nak tercapai...huhuhuh

yummy...sangat sedap tau, mesti cuba


First time makan buah berangan ni masa balik beraya kat Kedah. Time tu ada satu gerai yang jual buah berangan ni. Nama lain buah ni ialah Chesnut.


Ramai juga yang tak tahu rupa-rupanya Chesnut ni buah berangan, buah berangan tu Chesnut....hehehe

ni lak rupa pokok buah berangan 

Buah ni memang bagus sebab tak ada kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit,
hampir tidak tepu dan tiada gluten. Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'.


yang kala hijau tu belom masak,
yang kala perang ala-ala kecoklatan tuh dah masak 

Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.

Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan.

Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin.
Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.


ini lah rupanya buah berangan yang dah masak 

ni lak cara buah berangan ni dimasak. 


Kebiasaanya, buah ni di masak dengan 4 cara;

Membakar
Panaskan ketuhar pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.

Bakar / Panggang / Barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.

Menggunakan gelombang mikro
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.

Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.

ya allah...betapa terliurnya kurasakan saat dan ketika ini...
bila la nak dapat makan buah ni...
mana nak cari...huuhuuh,
bila nak sesangat tak dek lak jual kat area sini, tp yang pasti kat Petaling Street kompom ada...
masalahnya pulak, yang memanggangnya tuh bukan orang islam....aduhhh duhh duhh....
cobaannnn....dugaannnnn......

haishhh layan jerk, kalau ada rezki tak ke mana kan!

~segala sumber data dan photo yang de kat dlm entry ni
sumernya seri amik kat tenet jerk, so.. seri minta halal lah yerk
pada saper2 tuan tanah yang berkenaan~

Sunday, February 19, 2012

Beranik Ker ?

Time tu be a loyer la pulak...
kena siapkan kertas pertuduhan...huhuhuuh...
“ really like to do more than sevent work in one time?”  ÃŸ percaya ker idak wei !!!

Joint diz site..really enjoy work at dizplace [betul tak tipu punyer]
hehehehe...lalalala...

layan jerk....




~My Armourezs~


~model hatiku..muahhhh~



Friday, February 17, 2012

5TH BIRTHDAY CELEBRATION


yuhuuuuu...
lalalalaa weeeee..... suker se sangat,

seri nak share sesuatu gan korang sumer
on the way nak balik dari jejalan kat innit ter jumpa lagi dengan benda2 yang behh siut kat isaactan....[minta izin share gn geng nuffnabf erk]...

hahahhaa taraaaaa....
ini lah dia yang ditunggu2 untuk semua bloger yang der kat seluruh pelusuk dunia....


khabarnya tak lama lagi nuffnang akan meraikan ulang tahun yang ke - 5 pada 26 Feb 2012.


so... i wish that
appy beday to mylovely nuffnang
&
the all others family members!

pada sesapa members yang nak join that event plz come n joint us...
butiran lanju seperti kat bawah ni:


kalau nak lebih informasi
i think korang leh klik sini kot...hehehhe


Jom Jadi Ulat Nak....


ishhh.....ishhh......ishhh
pe ke benda la tajuk entry post ni yerk ?
de ke patut ajak org jadi ulat lak...hehehehe...

jom nak...jom jadi ulat...nak tak....
haaaaaaaa, jgn terslah faham la yerk...ni ajak korang jadi ulat buku ler bukan jadi ulat yang duk mengedit2 kat stesyen2 bus tuhhhh...
atau jadi ulat yang duk mengeliat2 kat shoping kompleks tuh,

ni nak ajak korang sumer jadi ulat kat goodreads..




tadi haaa,
tengah syok jejalan  kat hilangpunca.com terjumpa lak benda ni kat situ..teringat lak pasal azam baru masa awal tahun hari tuh.
Kononya nak pupuk minat membaca. Dengan semangat hangat2 tahi ayam yang masih panas ni so layan jerk lah goodreads ni.
tengok camne rupanya nanti...syok ke idak.

tapi stakat dah klik klik dua tiga kali rasa cam beh lak...hehehe
walaupun dapat baca tajuk buku je, sinopsis skit2 n komen2 pembaca yang lain2  serta usha2 design kulit buku tuh...kikiki...
seri...seri
layan jerk lah yerk~


Thursday, February 16, 2012

Satu Penghargaan




Weeeeee....lalalala....
suker seh, buka blog jerk tengok owner blog 
Herba Tihara, Jia JiaJu, gan myWords dah joint myblog...
jum reramai terjah dorang nak..
Trasa macam satu penghormatan lak...
tankz ya to teman2 bloger sumer...
tebaik lah korang!

muah..muah..muah~


jom cuba resepi mummyalyssa kat sini besttttt~


Wednesday, February 15, 2012

Sebagai Renugan Dan Pedoman



-lebiu my lovely mum-

" setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada
kedua ibu bapamu
(tak kira ia masih hidup @ yang telah tiada)
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buatmu..."


- Dato' Dr. Fazilah Kamsah -
lain2 info klik sini

Website Speed Test


Tadi gi jejalan kat tenet, tengah2 surfing jumpa lak benda ni....apa dia erk,

ni haaaaa,
jumpa i webtool


benda apa ni erk.....



benda ni guna dia untuk mengukur berat blog yang korang dah buat tuhhh
yang korang dah sumbat2 bebanyak widget tu...

kalau berat manusia kita ukur dengan benda alah ni

teringat time dulu2
hehehe.... budak gemuk

haaaaa ni lah gunanya
untuk kenal pasti atau dengan kata lainya
korang amaik tau la sikit
berat ke tak blog korang tu bila running....

bukan apa,
tak nak lah nanti 
korang syok sendiri jerk men letak2 widget n yang sekutu dengannya
tapi kengkawan yg len xleh nak loading blog korang tuh gan jayanya

...cian bloger cam kita yg guna bodbend jerk tuk bertenet!

kalau korang tak faham gak,
 baca jek ayat yg dah di copy kat bawah ni...

" Find out how fast your website loads. Too slow?
Perhaps you need to optimize the page or move to a faster server ".

selamat mencuba yerk...tarrraaa....

muahhh muahhh ~

Monday, February 13, 2012

Pulau Dayang Bunting





[Foto ehsan dr    http://www.google.com.my/ ]

Pulau Dayang Bunting (PDB) ni terletak di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Orang kata, penduduk sekitar percaya bahawa air laut PDB ada kuasa mistik, wow hebat. Mana-mana pasangan yang belum mendapat cahaya mata akan beroleh zuriat sekiranya mandi di pulau tersebut. Hermmm kengkawan kalau percaya kang nanti boleh jadi syirik, tapi da ramai juga yang mencuba dan berjaya... alhamdulillah. So kesimpulannya yang penting nawaitu (niat) kita dalam apa jua perkara yang dilakukan kenalah betul. Ye tak? Insyaallah....Usaha tangga kejayaan...itu yang sebetulnya.

rencah kehidupan, haishhh layan jerk~


Terkejut Seketika



ya be da be du....weeeeeeeeeeeeee suka sangat...
alhamdulillah...hilang penat bekerja seketika tuk hari ni
 takala terpandang jumlah Earnings tetiba betukar nombor dari jumlah 0 terus ke angka RM 1.00. Satu permulaan yang bagus. 
Bak kata pepatah Melayu 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
rencah kehidupan....haishhh layan jerk~

Sunday, February 12, 2012

Hadis Palsu





Laaa rupanya ada juga begini yek, hadis palsu...popular pulak tuh. Bagus untuk memiliki dan membaca buku ni kengkawan. Jom kita dapatkan di pasaran. Kat dalam buku ni tersenarai 40 jenis hadis yang palsu + yang popular diamalkan. Nak cerita panjang2 pun Seri tak baca lagi yerk. Nanti kang tersalah informasi. Harga pun murah RM 9.00 henget jek.Di terbitkan dah setahun, tapi still baru lagikan 2011.


Yes Im So Appy




yez...yez...lalalalalala.....
bestnya rasa myblog da sampai ke lubnan view, hope lepas ni empunya diri lak yang sampai ke lunan.
~TQ ~ tocher ~ terima kasih ~ manakam ~

Ulasan Buku



Hayaaakkkkk.....
Lama mencari dan akhirnya berjaya juga jumpa cover buku panduan menjadi fasilitator hasil karya Wan Norjihan Wan Abdullah. Al kisahnya, buku ni Seri baca sebab kena paksa time running course APO 2011 di PULNORD. Semua student APO wajib untuk buat satu ulasan buku sebelum habis course. Suspended juga masa memula nak pilih buku apa yang nak diulas. Naseb memang baik, terpilih lak buku ni dengan hanya ketebalan 126 muka surat je, alhamdulillah. Pulun punya pulun baca, maka siaplah ulasan buku ni (dengan bangganya sebab time tuh kengkawan yang len tak habis lagi). Rupa2nya sinopsis buku ni ada dah kat dalam tenet. Haelehhh poyo jerk. Tapi tak pe yang penting ilmu penuh di dada sebab I dah baca...moral of the story jangan suka membangga diri weeee~

*Disyorkan kepada mereka2 yang berminat untuk menjadi fasilitator.

Akhirnya SHIT




Akhirnya habis juga penat lelah menghabiskan masa yang ada untuk membaca karya Shahnon Ahmad yang berjuduk SHIT. SHIT merupakan sebuah buku berbentuk Satira Juvenalia; iaitu yang lebih kepada sesuatu yang huduh lagi menghuduhkan, yang keji lagi mengkejikan. Lebih kurang macam tu lah maksudnya.Terpulang pada pembaca untuk mengaitkan intipati novel ini samada dengan yang benar atau rekaan semata2.

Saturday, February 11, 2012

Disini Aku Bermula



Terkejut sekeika....
Rupa-rupanya tempat yang pernah menjadi sebahagian dari sejarah hidupku telah pun diwujudkan secara maya....alhamdulillah. Terpana seketika dan hanya mampu mengucapkan syukur takala ada usaha-usaha yang dijalankan untuk mempertingkatkan tempat ini.

Ddk Dr Blkg: Nurmahanum (Anum), Norkamariah (Maya), Seri Adina (Seri),Lailina (Laili).
Ddk Barisan Tengah: Khairatol Azzuwa (Azzuwa), Zakiah (Zack), Kamariah Nor, Norhaslina (Ina).
Ddk Di Hadapan: Jamaliah (Jem) dan Siti Zubaidah (Bed). 

Dan tanpa semena-mena juga timbul kembali segala memori silam suka duka pahit manis ketika membesar di sini. Badan khidmat Islam Perak atau singkatannya BAKIP menggamit 1001 memori dan mengajar Seri erti sebuah kehidupan.

Terima kasih kepada semua warga BAKIP terutama kepada Pak Cik Mohktar (dan banyak lagi ) yang saban hari sabar melayan karenah kami.

Disini aku bermula http://www.bakip.org 

Kopi Mak Dara




Kopi Mak Dara (KMD). Dengar cerita memang sedap. Belum lagi mencuba tapi dah order pada Cik Shery. Insyaallah next week dah boleh minum. Hope ada perubahan pada kesihatan dalaman dan luaran. Butiran lanjut klik sini http://rahsia-anggun.blogspot.com/2010/05/kopi-mak-dara.html.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Bulan Madu




Terlena seketika.

Tiba-tiba dikejut dengan deringan telefon. Rupanya hubby yang call. Rindunya rasa walaupun baru 5 hari hubby ke Selatan. Apa nak dikata, tuntutan kerja lebih utama. Usia melayari bahtera rumah tangga baru mencecah 8 bulan. Tempoh masa yang berlalu belum ada kesempatan buat kami untuk berbulan madu. Masing-masing sibuk dengan tugasan. Sabar k budak gemuk yang comel eh...insyaallah lepas ni akan ada banyak masa untuk bersama hubby tercinta.

Kedai Runcit


                                                                                

                                                   
Sejak dah 3 tahun duduk kat Kolumpur ni baru tadi Seri ke kedai runcit. Itu pun  tuk beli roti gardinea dan kaya. Malas rasanya nak ke pasaraya semata2 nak beli sebuku roti dan sebekas kaya. Teringat masa kecik-kecik, dulu mak dan ayah selalu berbelanja barang dapur kat kedai runcit. Cuma tuliskan senarai barang yang diperlukan. Petang atau esok harinya barang-barang tersebut dah pun sampai kat depan pintu rumah. Tapi skang ni susah dah nak tengok situasi macam tu. Kebanyakan keluarga akan keluar berbelanja ke pasar-pasar besar seperti Giant, Tesco, Jusco, dan yang sewaktu denganya untuk mendapatkan barang keperluan. Kalau ada ke kedai runcit pun sekadar membeli satu atau dua barang yang terlupa atau yang dah kehabisan stok.

Keriangan ke kedai runcit satu ketika dulu hanya tinggal memori indah. Jajan dan cekedis pasti akan menjadi habuan takala ke kedai runcit.

Masa Dulu-dulu





Masa Dulu-dulu...
Teringat  masa dulu-dulu...waktu tu Seri umur 5 tahun. Mak selalu bilang, masa dulu Seri teringin sangat nak ke sekolah tadika. Sayangnya masa tu ayah sakit teruk so rezeki nak masuk tadika terkubur begitu saja. Mak juga selalu bilang, bila malam time semua orang dah tido Seri akan curi buku2 latihan sekolah akak untuk dibawa ke tadika. Esok paginya seri akan bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah. Seri akan cakap ‘babai mak, orang pegi dulu’... dan emak apa lagi berkejaran la mengejar Seri untuk dibawa balik. Menangis-nangis seri meronta-ronta mintak dilepaskan...huhuhuh....semuanya tinggal kenangan. Bila diingat dan diceritakan kembali pasti emak akan menangis. Memang sedih.

Dan kalau tak salah Seri yuran sekolah tadika time tu baru RM 5.00 sebulan kot. Sayangnya itupun emak dan ayah tak mampu. Tak pe lah, mungkin bukan rezeki Seri waktu tu.
Inilah dia rencah kehidupan, haishhh layan jerk~

[Ilham nak mencoret rencah kehidupan  ‘Masa Dulu-dulu’ Seri dapat time tinjau2 ke blog http://sayabudakfelda.blogspot.com ]

Friday, February 10, 2012

Kenapa Jadi Begini~






salam sumer.....
tetiba rasa nak tulis sesuatu, nak share sesuatu yang seri rasa perlu untuk semua pembaca diluar sana tahu apakah sebenarnya punca sesuatu masalah dalam kehidupan berlaku....

siang tadi seri ke tempat kerja macam biasa. hari ni agak stress sedikit seri rasa ditempat kerja sebab apa yang seri nak kan tak boleh dicapai oleh orang lain...so layan je lah nak buat camane kan...hermmmmm, kenapa erk~

entah kenapa hari ni banayk sangat sana sini orang bercakap pasal dosa dan pahala....masyaallah...apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni.... ceritanya begini, naj dijadikan kisah dan tauladan...sorang anak buah seri (bukan anak sedara tapi ni anggota/pekerja di tempat seri bekerja...kami lebih selesa menggelarkan anak buah sebab kalau nak cakap orang bawahan macam tak beh la pulakkan, nampak macam ada diskriminasi darjat lak)....anak buah seri ni seorang perempuan. sayangnya dia telah terkantoi cek in dengan sorang mamat ni, kira dia punya kekasih hatilah tu....kantoi sebab da mulut-mulut yang berbunyi...mulut tempayan...ermmm kadang-kadang bagus juga yek bila ada mulut-mulut yang berbunyi atau ada mulut-mulut tempayan yang tak boleh nak simpan rahsia dengan bab-bab atau hal-hal yang macam ni...ye lah bukan apa sebab perkara-perkara yang laro macam ni dapat dibanteras. setelah ditanya dan disoal selidik...gedebak gedebuk kanapa dia mudah sangat nak jadi smart tek (istilah baru untuk pompuan-pompuan yang mudah sangat nak bagi pe saje yang dia ada pada mana-mana jantan...agak kasar bunyinya yek)....so,dengan rasa tidak bersalah dan slubernya, mudah sangat jawapan yang budak pompuan ni bagi...."apa masalahnya puan, saya dah nak kawin pun...." Ya allah....kenapalah budak pompuan ni jadi macam ni yek...agak-agak dimana silapnya....salah ibu bapa kah yang tidak mendidik....atau salah empunya diri sendiri yang tidak kuat pegangan agamanya......tepuk dada tanya lah diri kita sendiri tuan-tuan dan puan-puan...kemanakah hilangnya perasaan takut...perasaan bersalah...atau setidak-tidaknya merasa malu dengan apa yang telah dilakukan....bukanlah seri nak menggalakan dosa berleluasa tapi setidak-tidaknya punya rasa malu dengan  apa yang dibuat sesama manusia pun dah kira amat lah bagus ye tak....dan akhirnya apa yang boleh kami sebagai pemimpin yang merasakan ini adalah satu kewajipan dan tanggungjawab untuk menegur dan membetulkan semula akidah dan kefahaman yang budak pompuan ni rasa hanya cukup setakat memberi nasihat, teguran dan hukuman yang setimpal....selebihnya terpulanglah kepada individu tersebut samada untuk berubah atau sebaliknya.....insyaallah....

dan untuk makluman juga, siang tadi hati seri betul-betul tersentuh dan terasa amat sakit yang teramat sangat kerana saudara yang seri sayang tidak boleh menerima teguran yang seri lakukan....masyaallah...kenapa sampai jadi macam ni...dimanakah rasa bersalah di hati kamu wahai saudaraku....kenapa kamu tidak memahami apa yang ingin saudaramu ini sampaikan....sepatutnya kamu bersyukur kerana masih lagi ada saudaramu yang ingin menegur dan mengingatkan akan kamu sekiranya kamu tersalah dan tersasar dari landasan....dan sekerinya kamu tidak boleh menerima teguran yang diberikan....tidak mengapa...mungkin suatu hari nanti kamu akan berterima kasih kepada saudaramu ini akan apa yang telah ia lakukan....dan ingatlah tiada perkara yang lebih membahagiankan selain dari mendapat restu dan doa seorang ibu....!

dan apa yang seri terfikirkan....kenapa mereka ini melakukan dosa...kenapa mereka ini tidak boleh ditegur...kenapa mereka tidak merasa malu dalam melakukan sesuatu dosa.....mengapa...mengapa dan mengapa yerk........adakah menegur sesuatu perkara yang sememangnya salah atau sesuatu yang tidak pasti akan kebenaranya itu merupakan perkara yang dianggap penyebuk atau menjaga tepi kain orang....apalah dunia.....knapa erk?

dan mungkin ini adalah merupakan sebahagian dari jawapan kepada persoalan-persoalan yang berlegar-legar difikiran kita semua.....jagalah sumber makananmu wahai sahabatku sekalian sesungguhnya hati akan menjadi gelap gelita jika sumber makanan yang diperoleh bukan dari sumber yang halal....dan seri juga menyeru kepada semua agar prihatinlah dalam memilih makanan.....jauhilah dari memakan makanan yang disediakan oleh mereka yang bukan beragama islam kerana seingat seri pesan seorang ulama menyatakan bahawa sekiranya kita memakan makanan yang disediakan oleh orang yang bukan islam, satu titik hitam akan singgah di hati dan semakin banyak titik hitam yang ada di hati kita maka semakin susah untuk kita mendapat hidayah dari Nya....dan menjadi kebiasaan kita sekarang ni makanan halal cukup setakat adanya tanda HALAL yang dipaparkan di dada-dada restoran yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. mungkin ada benarnya juga mengapa sekarang ni menjadi-jadi sikap manusia yang penuh dengan dendam, dengki khianat, hilang rasa prikemanusiaan sesama insan (membunuh, merogol, merompak dan banyak lagi). adakah ini semua berpunca dari tumbuhnya bak cendawan kedai-kedai dan gerai-gerai makan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan dan menitik beratkan hal HALAL dan HARAM.....seri juga menyeru kepada penjaja makanan dan pemilik kedai makan terutamanya kepada mereka yang beragama islam...tolong lah....tolonglah tuan-tuan dan puan-puan agar menitik beratkan hal-hal HALAL HARAM di dalam menyediakan makanan...contohnya, berapa ramaikah penjaja makanan dan pekedai makanan yang membasuh telur ayam yang digunakan di dalam masakan mereka...ini kerana kebanyakan telur ayam yang berada dipasaran kita tidak dibasuh dengan bersih terlebih dahulu...fikirkan....dari mana sebiji telur ayam dihasilkan, bukankah ia terhasil melalui lubang dubur seekor ayam....betulkan.....jadi, apakah benda-benda lain yang juga melalui lubang yang sama....yaaaa memang betul...sudah pasti tahi ayam juga melalui  saluran yang sama. adakah tahi ayam itu najis....yaaaa sudah pasti ia najis kan tuan-tuan dan puan-puan, jadi apakah yang harus kita laksanakan sekiranya ada benda yang terkena/mengandungi najis.....

fikir-fikirkan....renung renungkan....dan semoga ingatan ini akan memberi manfaat kepada seri dan juga semua yang berada di luar sana....renungkan dan fikir-fikirkan lah...hingga berjumpa lagi.....wasalam~

seri pernah juga mendengar, ada yang menyatakan bahawa hukum makan telur
yang tidak dibasuh terlebih dahulu dengan air adalah haram....sejauh mana kebenaranya...
sama2lah kita mencari jawapannya~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: