Monday, August 8, 2016

PULUT NOXXA

PULUT NOXXA

So excited 😆 

Pulut siap dimasak dengan noxxa.

Dalam masa 4m siap 'tanak' pulut
Dan selamat makan 'pulot doyan'

2 pot pulut = 2 pot air = HP 4

Basuh beras pulut macam biasa dan tak perlu direndam atau ditos!

Nak lagi sedap..tambahkan 5sb santan pekat dalam 2 pot air.

. . .

Konpius nak tekan HP.. nak letak berapa lama..
Ada kata HP 5.. HP 7 lah.. HP 10
Ermmm..

. . .

Senang aje,  
Tambah HP 2 aka gandakan dengan angka 2 bagi setiap pot pulut yang mahu di tanak.

Kalau 1 pot pulut = 1 pot air = HP 3
2 pot pulut = 2 pot air = HP 4
.
.
.
6 pot pulut = 6 pot air = HP 8 

Mudahkan 😃

Nota Kaki
- - - - - - - - -
Tanak - Masak
Pulot Doyan - Pulut Durian

#pulutnoxxa #resepiperiuknoxxa #dapurarmourezs

AYAM GORENG NOXXA

AYAM GORENG NOXXA

Ayam goreng periuk noxxa.

Semalam ada orang request nak makan nasi goreng ayam!

. . .

Kebetulan ada lebihan beberapa ketul ayam yang dah siap dibasuh dalam freez.
Makcik tumpang simpan ayam kat freezer mess. Siap siap bubuh garam dah.

Maklumlah.. hidup makcik ni berpindah randah. Tak semua keperluan hidup tersedia didepan mata. Kalau ada pun tak semua boleh dibawa.

Sepantas kilat bila ayam dikeluarkan dari freez terus diperasakan dengan kunyit.

"Jangan tanya lagi..garam tak bubuh ka?"

Kalo tidak...yak dish "👊"  satuppp!

Sebelum ayam tu disimpan, makcik dah letak garam sesiap 😆

. . .

Siap mengunyitkan ayam. Terus on button Str-Fry noxxa.
Tak sampai 1minit, periuk dah panas. Bahang kepanasan periuk tu terasa dalam bilik sekangkang kera.

Apalagi, terus je makcik masukan kesemua ayam yang ada.
Ayam dibalikan tak sampai seminit..



"Wahhh..cepatnya ayam ni garing"

Makcik mula teruja. Kejap kejap..ayam di balik balikkan lagi. Kurang 3minit ayam siap dimasak!

Dengan noxxa..alhamdulillah ayam masak dgn elok tanpa ada keluar darah kat celah celah tulang. Yeahhh.

. . .

Nasi + sambal ijo homeade.

Untuk nasi goreng, makcik masak dengan sambal ijo homemade je. Mudah dan sedap. Nasi putih tak masak, tapau je sikit dari mess..upsss heeee 😆.

Fuhhh.. panjang berjela lak resepi ayam goreng noxxa. Padahal masak ayam gorenglah yang paling senangkan.

. . .

Kesimpulannya..

●Jangan teragak agak nak menggoreng ayam dengan periuk noxxa.

●Memang sangat mudah dan cepat..  menjimatkan masa. Ayam masih keras pun dah boleh goreng.

●Takda percikan minyak. Cepat siap mengemas, cepatlah silang kaki berehat 😆

●Jika terasa nak masak kat mana mana tempat or ruang. Gunalah periuk noxxa Sangat selamat digunakan, janji ada LETRIK.

●Hightly recommended and safety!

. . .

So siap. Nasi goreng ayam. Kureng sikit, tak sama macam kat kedai sebab di kedai ayam seketul besaq depa bubuh. Tapi versi makcik ni sepinggang nasi goreng + beberapa ketul ayam goreng hat halus halus je. 

Harap maaf. Gambar keterujaan nasi goreng ayam tak dak.
Hat ada..gambar eksited time nak masak.

Sekian Titik

#ayamgorengnoxxa #resepinoxxa #dapurarmourezs

Rencah kehidupaan, layan jerk

Sunday, July 24, 2016

Syawal 2016

Alhamdulillah..
Syawal 2016 bakal melabuhkan tirai kurang dari 2 minggu.

Banyak kenangan  manis dan pahit tercatat. Mudahan diberi kesempatan untuk terus beraya bersama dengan mereka yang dikasihi dan disayangi.

. . .

Alhamdulillah
Syawal 2016 juga merupakan syawal
yang paling bessttt buat Daris Aryan.

Peace yo..selamat hari raya!

It's a 2nd time
Aryan beraya dengan Dady,
and.. 1st time Aryan request baju raya sendiri! Woowww 😃

"Mummy..aryan nak baju raya kala merah. Merah berenti tau mummy"
(Merah berhenti maknanya merah
seperti trafic light)

"Mummy..aryan nak baju kala merah. Merah macam tong tu mumy"
(Sambil tangannya menunjuk tong APA ketika berada di guant supermarket).

Time tu, wowww..
Mummy agak tersentap sikit.
Aryan bercakap siap bagi contoh sekali!
Alhamdulillah nak, moga Allah terangi hati kamu seperti hati rasulmu ya Allah.

Daris Aryan,
Semoga moment indah ini akan terus bersamamu buat selamanya nak..
In sya Allah.


Inilah rupanya kala baju raya Aryan,
Merah berhenti!!!
3D's - Daus Daris Dina


Semoga menjadi anak soleh...amin ya rob.

Firdaris Family
. . .

Sesungguhnya kita merancang,
Allah jua yang menentukan...

~ Rencah kehidupan, layan jerk ~



Sunday, July 17, 2016

KUAH YONG TAU FU

KUAH YONG TAU FU (YTF)

Atas permintaan sahabat baik
Nora @ Noraliza Yusof,

"aku nak makan yong tau fu
kuah macam ni la seri"

"..hang tau dak..
kuah macam ni ada kat tepeng jaa"

Sambil jari runcing dia menunjuk ke arah gambar yang ada dalam smarthangpong makcik ni.

Penuh eksited aihhh,
Makcik..senyum ja 😃

17.07.2016
Tercatat sejarah pertemuan makcik
 dan dia buat pertama kali setelah terpisah sebaik tamat sekolah menengah.
Lama gila tu.. mau dekat 20 taun lebih! 

Atas permintaan hang Nora..
In sya Allah hari ini, resepi ini akan dikongsi bersama untuk memenuhi hajat di hati. Sedihnya makcik rasa..tak dapat nak buatkan sebab la makcik tak dak dapur untuk diasapkan!

In sya Allah..
Jika benar ada rezeki mu wahai sahabat,
Pasti diizin Allah.

. . .

Resepi kuah YTF ni dibuat pertama kali masa dekat bumi kenyalang..time tu tahun 2015. 

Masa tu, #embahorkid @ mak teringin sangat nak makan YTF. Pertama kali bertandang ke #kuching tahun 2008,
ada rezeki mak dapat makan YTF
yang sedap dekat Tun Jugah.

Tapi sayang..
bila kembali semula ke kuching tahun 2015, kedai tu dah tutup..adoiii la nak.
Tak dak rezeki mak.. awatlah susah bertahan bila orang melayu berniaga.

Sebagai anak yg solehah (amin), langkah drastik try and error melalui sumber klik klik kat google..maka terhasillah resepi yang ringkas mudah dan sedap.

Kredit pada owner-owner blog dalam mr google..maaf na, makcik dah lupa nama blog2 depa. Time tu baca.. salin apa yang patut.. godek-godek sikit..siapppp!

. . .


KUAH YONG TAU FU (YTF)



. . .

Bahan A
5-6 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu makan kipas udang/kicap pekat
5 sudu makan gula kabung/1ketul gula melaka 
1 sudu makan tepung jagung - campur dan kacau dengan air terlebih dahulu
1 cawan air
Garam, gula secukup rasa dan sedikit minyak untuk menggoreng.

BAHAN B
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak

Cara-cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan 1 cawan air dan gula melaka kedalam periuk yang telah dipanaskan.

2. Panaskan minyak.. goreng cili kering dan belacan. Agak-agak dah garing angkat.. jangan sampai terlalu hitam atau hangit..nnt kuah akan jadi pahit..kompom tak sedap weii!

3. Kemudian blend cili kering dan belacan yg siap digoreng dengan sedikit air gula sehingga lumat. Air gula ambil dalam periuk yang ko panaskan tadi. Blend sekali..baru mesra dan sedap rasa dia.

4. Siap blend..masukkan cili kisar tadi ke dalam air gula yang telah dipanaskan..masukan juga sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.

5. Agak kuah dah mendidih..masukan perasa dengan tepung jagung... kacau sebati. Puas hati dah masak..tutup api.

6. Tuang kedalam bekas lain dengan menggunakan penapis (utk memastikan kuah cantik dan smooth).

7. Taraaa..siap sudah..bolehlah  dihidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo dan hang jangan lupa tabur bijan kat atas tu..

Sedap!!!

Foodnote:
*cili kering tak perlu basuh..cukup hang lap/bersihkan dengan towel or tisu yg dibasahkan. Nak basuh pun bolehhh tapi make sure betul2 kering baru hang goreng. Tangkai dia hang jangan ambil..
hang buangggg na!
*boleh juga nak letak bahan perasa lain, macam stok ayam or stok ikan bilis..
*boleh juga nak add on sedikit pewarna masakan HITAM jika suka. 
*sukatan bahan2 yg bg diberi, hang boleh olah mengikut kreativiti dan kuantiti banyak mana hang nak masak.

. . .

Pic dia lagu mana.. sedap ka dak..
Meh tengok hat bawah ni 😃






Seri  Armourezs
~ Rencah kehidupan, layan jerk.. ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: