Sunday, November 24, 2013

Handphone Canggih & Bean Bag Merah

Handphone Canggih & Bean Bag Merah

Alhamdulillah...hajat nak hadiahkan mak handphone canggih dan bean bag merah sempena ulang tahun kelahiran mak yang ke 61 tahun (16 nov 2013) telah tercapai....hoyehhh syukur alhamdulillah...thank you allah.

Rasa saaaaangat seronok....dan terharu...thank you allah, dengan izinmu dapat juga ku hadiahkan apa yang dihajatkan selama ini.... Da yang paling pentingnya mak dapat belajar sesuatu yang selari dengan peredaran semasa.

Mak, Daris dan bean bag merah.

Semoga dengan pemberian ini, seri  dapat memberi kegembiraan buat mak sepanjang kehidupanya selain doa dan harapan agar allah s.w.t memberi keampunan buat mak disepanjang hayatnya...diberi kesihatan fizikal dan mental yang baik, disembuhkan segala penyakit yang ada, diberi kebahagian dan kesenangan dunia dan akhirat serta di murahkan rezeki yang halal....amin...amin ya robbal a'lamin.

Rileks time... #embahorkid and #firdarisaryan.

Gaya anak mamy sorang ni...macam dady yer terk...

Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi kita punya kesempatan. Hargailah mereka dengan penuh kasih sayang  seperti mana mereka menghargai kita semasa kecil.



p/s: Kepada kaum lelaki yang bergelar suami...sedari diri kamu...siapa kamu tanpa ibu mu...berilah sedikit ruang dan waktumu untuk menghargai insan yang bergelar ibu kerana syurga kamu tetap di bawah tapak kaki ibu walau apa pun keadaanmu...~rencah kehidupan, layannn~


Saturday, November 23, 2013

Baju Baru...tadaaaa....


 Kapitan saf, me and teacher.

Hhaahaha....sempat melaram gan jersi baru walaupun sangat sibuk dengan tugas masing-masing.

6 Dis 13.....tak sabar menanti kehadiran mu.....

Wednesday, November 20, 2013

Sayang Kamu...


  Ini keluarga saya...mr armourezs family


Hari ni genap si comel mamy Daris Aryan  usianya 8 bulan. Alhamdulillah masa berlalu begitu pantas 10 Mac 13 hingga 10 Nov 13 bagaikan baru semalam berlalu...

Dengan doa dan harapan dari mamy dan dady semiga Daris Aryan dan keturunanya menjadi anak soleh...beriman...hartawan dan dermawan ye sayang...amin...in sya allah.




Wednesday, November 6, 2013

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

السَّلاَمُ Renungan tazkirah buat semua...lama betul tak mengepos sesuatu...

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

              Gambar ehsan mr google


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. Bagus juga untuk menghilang penyakit malas dan mengantok...

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya...alhamdulillah sangat suka makan masa pregy...sebijik boleh tahan 2 hari jerk...hihihi

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan....belum berkesempatan untuk jadikan amalan...in sya allah...

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga...a part of sayur kegemaran saya...

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut...alhamdulillah, telah aplikasikan pada baby #firdarisaryan...in sya allah ada keberkatan di situ.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥

In sya allah semoga terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: