Fuhhhh...sedap
betul menikmati makan malam dengan panaroma bandaraya Kuala Lumpur (KL) yang
sangat indah di waktu malam. Dengan ketinggian bangunan setinggi 11 tingkat
(paling atas tuuu) http://maps.google.com/maps?ll=3.171525,101.710141&spn=0.000477,0.000724&t=k&z=18&key=ABQIAAAAim64iRep7VCmh-1l-rWVXxTOC3Xp2rH_PQUr-_BrevW2yXekaRQz2gG4rIVybw_QQ4zgDUWW8jq3Mw&mapclient=jsapi&oi=map_misc&ct=api_logo sudah pasti pemandangan serata KL dapat dinikmati tanpa
sebarang halangan. View Kuala Lumpuur Central Centre (KLCC) dan Kuala Lumpur
Twin Tower (KL Tower) dapat dilihat dengan jelas pada dini hari takkala
disinari dengan lapu nion yang sememangnya indah bila bercaya. Hermmm agaknya
apa nama tempat yang Seri maksudkan ni yerk. Haaaa kalau tuan-tuan dan
puan-puan, cik kak-cik kak dan cik abang-cik abang nak tau, tempat yang Seri
maksudkan adalah Hotel Putra Kuala Lumput yang terletak betul-betul di
tengah-tengah Bandaraya KL. Sebab apa Seri kata macam tu, bagi Seri Hotel Putra
ni memang senang nak dihubungkan dengan kawasan sekitar yang ada di KL ni.
Contohnya, ia adalah merupakan laluan utama nak ke Jalan Pahang, laluan utam
menghubungkan Jalann Ipoh ke Jalan Tun Razak, laluan utama ke Gombak dari pusat
bandar KL (Jalan Cow Kit), dan laluan utama dari Bulatan Pahang nak Ampang.
Bangunan berdekatan yang ada berhampiran Hotel Putera ni pula adalah seperti
Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Pusat Darah Negara, Istana Budaya (IB),
Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Insitut Jantung negara (IJN), Perpustakaan
Negara, Hospital Pusrawi dan Bangunan/Menara Selbon. Kilk sini yek
Sebenarnya
bukan sesaja Seri berpeluang menikmati hidang yang lazat-lazat dekat hotel ni.
Ia sebenarnya merupakan satu Majlis Dinning In Dinning Out yang diadakan oleh
pasukan tempat Seri bekerja untuk meraikan pegawai dan anggota pasukan yang
telah bertukar keluar (posting in posting out). Memang seronok gila, mana
taknya sangat banyak gila makanan yang dihidangkan kepada kami dan semuanya
memang betul-betul best lah. Apabila makan sampai tak hingat dunia lah.
Sampaikan ada staf Seri yang tegur, “ai pn, ribut pun berhenti...” Hahahahah
apa dah...memang la rasa malu sekejap tapi arghhhh peduli per Seri, selagi
boleh makan, makan jerk lah....dan ada juga yang sempat bergurau mengatakan
bahawa “ tak pe pn, malam ni kita makan kat sini, malam esok kita tidor kat
sana....(sambil tangan menunjuk ke arah IJN.....Wakakakak.....sangat menyengat gurawan
dari anak-anak buah ku...huhuhuhuh.
Malam
semakin larut tapi rupa-rupanya jam baru ajek menunjukan 2330. Rupanya malam
masih muda. Aduyai, layan lagi makan, makan makan makan....perhhhh, paling best
bila Co Khairul cakap dia gembira bukan kepalang takkala Mantan Co Suran
menyatakan bahawa tempat tersebut memang best, makanan pun banyak dan
sedap-sedap belaka. Fuhhhhhh lega den bila Co dah cakap macam tuh...amin!. Mana
taknya, banyak juga benda-benda yang kokap[1]
yang tidak sepatutnya berlaku. Salah siapa yerk? Aku ker dia? Hahahahha
jawapannya tentulah mereka dan keluarga mereka yek....hahahahhaha....maunya
jawapannya cam gi tu, off cuz lah yang junior-junior ni dipersalahkan sebab
buat kerja tak rechek. Tapi tak mengapa as long as Co happy, Mantan Co pun
happy, perut pun kenyang....layannnnn jerk. Kena marah tu dah perkara biasa
ditempat kerja.
So,
pada pendapat Seri kepada sesiapa diluar sana yang berminat untuk menikmati
keindahan panorama KL dan kesedapan makanan yang dihidangkan silalah datang ke
Hotel Putera KL ni yerk. Jangan lupa hotel ni terletak di Lot 149, Seksyen 87,
Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Atau boleh juga call dulu di talian
+603-2688 1888 atau boleh juga nak faks ke no +603-2681 2179. Untuk info lanjut
nanti Seri try cari picture yang berkenaan dengan url nya sekali k. Dengar kata
sewa bilik semalam pun memang murah, RM 198 bersih sebilik...bagi kakitangan
kerajaan der diskaun lagi tuh, RM 188 bersih sebilik. Walaupun kurang RM 10
hengget jek tp der juga kurangnya kan. Jangan tamak yek, orang tamak selalu
rugi kan....muahahahaha. Untuk yang nak bilik besor harga semalam baru RM 240
hengget jek, so tolak RM 10 hengget dapat lah RM 230 bersih sebilik bagi
kakitangan kerajaan....amin.
Nampaknya
sampai sini dulu perkongsian maklumat kita untuk Jalan-jalan Seri Makan untuk
kali ini, sehingga berjumpa lagi di lain masa.....layannnnnn~
[1]
Istilah yang sering digunakan oleh sebuah organisasi kerajaan untuk menunjukkan
sesuatu perkara yang dirancang tidak berjalan dengan lancar atau terdapat
perkara-perkara yang terlepas pandang untuk dilaksanakan ketika majlis tersebut
dilangsungkan.