Saturday, December 24, 2011

RENCAH KEHIDUPAN YANG PERLU DILAYAN~

KEMBARA PENCINTA BUKU YANG HEBAT
Khairusy Syakirin
Has - Yun


Jam menunjukkan lebih kurang 250210H Dis 2011, lebih kurang 2 jam 10 minit pagi telah berlalu sambutan Hari Natal bagi yang beragama Kristian...Alhamdulillah hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang dari Allah s.w.t untuk terus bersyukur dengan nikmat Iman yang diizinkannya.

Dengan tidak semena-mena sedang asyik menyiapkan Memo untuk diserahkan esok, tetiba aku terklik button Next Blog...dan inilah hasil yang ditemui,

Blog oleh Khairusy Syakirin telah berjaya menyedarkan aku betapa pentingnya membaca, kerana membaca merupakan santapan untuk minda yang sihat. Hermmmm persoalanya adakah berjaya untuk aku membuktikan bahawa aku juga akan membaca sepertimana orang lain membaca!

Bersempena tahun baru 2012, aku berazam untuk memupuk minat mebaca disepanjang hayatku walaupun dengan hanya satu kitab yang menjadi kesukaanku untuk membaca~



Blog Khairusy Syakirin yang membuka mindaku untuk membaca.


Yeeeehaaaaaaaa....~


BEDAY BOY MY ARMOUREZS


Yeeeehaaaaaaaa.... tinggal 10 hari je lagi..xsabar rasanya nak meningkat setingkat lagi pengalaman dalam hidup ni yang sememangnya penuh dengan segala cabaran dan dugaan. Errr..tapi apa kena mengena gambar air yang der kat atas tu eh?

    "...to mr armourezs cyg, ingat tak lg kisah krim putih dipipimu, heheheh, so.. next week plus D + 3 je lagi eh..."

Lokasi tempat, Bangi Kopitiam, Batu Cave. Tarikh, 26 Jun 11. Menu, Coffee Cino Blended + Banan Yourget + Nasi Goreng Ayam + Kentang Goreng....yummyyyyy sedap gila makan sampai licin seh~





Ini je yg termampu nak diberi pada mr armourezs, bila hari dah larut malam, ditambah pula dengan bodyguard yang asyik nak ikut jer mana kita nak gerak eh, haishhhh layan jerk~






Hehehehhe, muka mr armourezs yg terkejut dengan suprise yang dibuat...muahhhh lebiu~


Wednesday, December 21, 2011

Bapaku FM !



http://www.facebook.com/bapakku.fm


Fuh..terkejut beruk aku bila my 2ic, Mej Shafie make a call to diz radio and make a wish to all of officer yang tengah dok kalut menyiapkan nota taklimat untuk CO present esok. Lama gila tak dengar suara bapakku ini dicorong radio...teringat time skolah dulu malam-malam bila study je mesti nak dengar suara DJ Radio yang paling hot si Ismahalil. Itu time larut malam. Time malam masih muda lak dok layan lagu hindustan si DJ Andy dengan si minah sorang lagi tu ape ke namanya lupa sudah...mymum Embah Orkid bukan main lagi menjahit baju tempahan dengan alunan lagu Hindi Powerrrr =]

Woww Hebat~



Tinggal lagi dua hari untuk bertemu myarmourezs, tetiba rasa sangat bersemangat. Balik keje petang bawa ke malam pun dah tak kisah...alhamdulillah syukur.

Ermm padahal baru tengahari tadi repot berjela-jela kat myarmourezs tansion mension lah gan sorang mr kapitan neh..heheheheh....emosi-emosi susah nak dijangka rupanya yerk =]

Friday, October 28, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Embah Orkid Family


Welcome to Embah Orkid Family
~Rio Haikal Bin Rio Hermananto~


Rio Junior seh~



Comel...
tdo jerk w/pun dicubit2 manja xmo buka mata langsung..haishhh




Tido je dulu...nnt da besar skit baru ngaruk eh~




Mancung tak hidung saya embah???




Bibik Kesayangan wan to be yerk~




Tengok ni,
kecik ajer yerk, nnt da beso jgn nakal2 ye Haikal~




Cak...sedikit teruja bila dapat pegang Rio Junior ni...herm~


Alhamdulillah Tahniah buat Yoyo n Aishah yer,
semoga tabah menjalani kehidupan...
dulu berdua kini dah bertiga nampak gayanya x lama
lagi mungkin berempat berlima pulak yerk...hehehhe.
Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang penyayang dan
berjaya dalam mendidik anak2 yang dianugerahkan yer....
amin...muahhh~

Tuesday, September 6, 2011

PULPAK
" katanya kedatangan anda tidak diundang, ragu-ragu sila pulang"
~but im not hv any choice~

27 Sept 2011...20 hari lagi ke PULPAK...Junam Selesa yang tak berapa selesa sedang menanti...huhuhuh...cant wait to go or cant wait to huwaaaa~

dan dengan sendirinya kenangan lama muncul kembali....Dato' K...
where d Dato' K...dat time he is mymoral...hermmm!


~wah dah 100 org yang view...hehehe i like it~

Monday, September 5, 2011

hayak....terlalu sibuk untuk menaip sesuatu...maaf buat seketika...

Wednesday, August 31, 2011




KDA 300811


Salam Syawal buat semua....KDA 300811...skali pandang macam nombor plat kereta kan, tapi ni sebenarnya nama lokasi dan tarikh berhari raya saya pada tahun ini...Kedah Darul Aman 30.08.11.


Sebenarnya idea untuk menulis ni memang diilhamkan dari nombor plat kereta kat Kedah yang kebetulan pada masa tu KDA, so sepanjang jalan-jalan kat Alor Setar asyik terpandang aje huruf KDA ni. Banyak cerita menarik dan benda menarik yang ada kat sini, so nanti saya akan kongsikan bersama-sama erk..skang ni hubby ajak p raya pulak dah, hasihhhhh....layan jerk~

Jumpa lagi di siaran ke dua..tadaaaa~


Thursday, August 25, 2011

Google

Google:

'via Blog this'

Kerapu 3 Rasa

Seri : Nak makan apa, saya masakan...
Armourezs : Macam nak makan masak 3 rasa lah..
Seri : .....alamak permintaan pertama dah mula muncul ni
(setelah bodek nak berbuka kat rumah Yoyo tak berjaya...haishhh)
Nasib der sifu yang collect resepi~
Armourezs : Boleh ker?
Seri : Boleh la...(aduyai...)

Setelah usaha mencari resepi berjaya, maka perkara pertama yang perlu dibuat adalah sediakan bahan-bahan seperti berikut:

Seekor ikan kerapu
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak

Cara-caranya pula:

1.Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan. 2.Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau. 3.Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas. 4.Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan.

Harap2 percubaan pertama nak masak untuk Seri Armourezs berjaya...jangan keparit sudah...harap Ikan Kerapu menjadi Ikan Kerapu 3 Rasa bukan menjadi Ikan Merapu Tak Ada Rasa...wakaka...

Selamat Mencuba~

Wednesday, August 24, 2011

Kerabu Kaki Ayam

Hari ni hari ke 23 Romadhan persamaan hari pertama berbuka puasa di luar....sangat teruk rupanya. Seumpama dah lama tidak menjenguk ke dunia luar...haishhhh...apa-apapun tetap bersyukur sebab terjimat sekejap duit yang ada.

Alhamdulillah setelah meneguk segelas dua cawan air oren yang dipesan kengkawan masa berbuka tadi rezeki makan kaki ayam kt kedai "Kakai Ayam Jln Ipoh" dah tercapai. Terima kasih kepada kengkawan APO Siri 60/2011 yang rancang untuk berbuka puasa di luar.

Harap-harap kaki ayam yang dimakan tadi akan membantu untuk menjanakan kecerdasan minda yang telah dianugerahkan ni. Bukan apa, esok still ada exam perbekalan lagi. Harap-harap esok punya paper tak ke parit cam tadi...hope im pass...thats all~

Apa pengajaran yang dapat di fikirkan time berbuka puasa di luar ni......solat...kesan dan akibat?
Fikir-fikirkan....hermmm~

Teringat seni kata lagu ~ shalat dulu-iwan syahman~
Menghiburkan dan menginsafkan diri sendiri...memang best seh~

Tuesday, August 9, 2011

Ribut Taufan - Luahan Rasa

Huhuhu...pagi yang hening 10 Romadhan, ribut taufan APO telah melanda badai WPSO. Hermmm rupanya yerk...bagus juga dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya ada juga individu-individu yang jenis 'muka tembok' tersedar dari lamunan 'idle' dan mimpi-mimpi indah. Tetapi adakah dan apakah cara ini memberi kesan kepada individu tersebut dengan apa yang berlaku...atau umpama mencurah air kedaun keladi. Individu tersebut rasanya munkin masih lagi di takut lama...tak apa, masalah boleh dibincang...hehehe... itu kan kata-kata azimat dari yang berbahagia PAPO. Ooo berbalik semula kita pada pepatah muka tembok tadi, rasanya tidak akan ada sebarang perubahan sebab sah-sah individu tersebut jenis yang dari muka tembuk yang bermakna dasar muka tak malu...buat salah macam mana pun, ditugur dengan pelbagai cara pun orang tersebut tetap macam tu lah sebab dia tidak ada kesedaran dalam diri. Balik-balik orang yang sama juga yang mencapai tahap pemikiran tertinggi. Pemikiran positif yang bertindak mengikut peredaran semasa. Syabas pada individu tersebut, teruskan dengan apa yang difikirkan. Ingat...Niat Yang Baik Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Baik...insyaallah~
PINJAMAN WANG-BUKAN TIDAK BOLEH TETAPI KALAU SUDAH PINJAM BERINGATLAH UNTUK MEMBAYAR


Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
"Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosa kedua ibu bapa ku...dan aku mohon kepada mu ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati 'dia' yang meminjam untuk membayar semula kepadaku...sesungguhnya engkau yang maha pengasih lagi maha mengetahui akan hal-hal yang tidak aku ketahui...amin"
Subhanallah..maha suci Allah...begitu teruk mentaliti masyarakat sekarang ini.Mana tidaknya sikap suka berhutang sudah menjadi satu trand di kalangan masyarakat kita. Bagi yang berhutang dengan bank tidak menjadi masalah sangat sebab ada hitam putih, tapi ini yang berhutang sesama sendiri. Bukan niat saya untuk memburukan sesiapa tetapi niat ikhlas untuk membantu sesama insan telah disalah erti dan disalah guna. Adakah wajar bagi kita yang telah meminjam wang dari insan yang berjiwa murni melupakan segala janji yang telah dimenterai...atau adakah kita sengaja melupakan apa yang telah dijanjikan setelah mendapat kesenangan dari pertolongan yang diberikan kerana azab kesakitan tidak dirasakan apabila melupakan (buat2 lupa) segala janji yang telah dilafazkan ketika berada dalam kesusahan....'kenapa tidak begitu ramai (kenapa lah si peminjam tak nak berfikir sama seperti apa yang saya fikir) insan kerdil di luar sana yang tidak mahu berfikir seperti apa yang saya fikirkan...sangat teruk dan sangat keji bagi orang-orang yang tergolong di dalam kelompok yang saya maksudkan tadi...maaf ya, saya sememangnya tidak berhak untuk menjatuhkan apa-apa status kepada sesiapa pun tetapi inilah realiti dan kualiti masyarakat kita yang ada sekarang!. Maaf juga pada sesiapa yang tidak bersetuju dan sependapat dengan apa yang saya perkatakan... luahan rasa...
Bukan apa...sedih memikirkan nasib yang menimpa Insan Tercinta (IT). Niat baik membantu pihak atasan rupa-rupanya sudah terbalik menjadi mangsa pula. Kepada pihak atasan yang berkenaan (PAYB)..."dah macam istilah low pula", sekiranya kamu terbaca apa-apa yang saya maksudkan ini, maka baguslah...banyak-banyakan berfikir akan tindakan yang telah kamu/Tuan lakukan, dan cuba bayangkan juga sekiranya kamu/Tuan berada ditempat IT saya..."ni mesti tak da masa nak bayang-bayang, kalau tak, takan lah boleh jadi kes macam ni erk". Pernahkah kita terfikir...mengapa perlu kita mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain yang sanggup berusaha dan bersusah payah + berani untuk menangung risiko (mohon pinjaman bank la, susahnya bulan-bulan bayar loan la, risikonya kalau tak bayar nanti nama black list) dalam mencari sesuatu kesenangan, sedangkan kita tidak berani untuk melakukan sedemikian rupa malah hanya berani menggunakan kuasa sebagai seorang 'orang atasan' yang kononnya berkuasa untuk mengarah sesiapa sahaja yang ada di bawah untuk mencapai kesenangan (sungguh memalukan).
" Dunia...dunia...padan lah sakarang ni banyak sangat berlaku kes-kes yang tidak masuk akal langsung seperti membunuh, merompak, merogol, peras ugut, rasuah, dan banyak lagi....kenapa seh..haishhh". Ermmmm.... Jawapannya, sangat senang...kaji balik dari mana datangnya sumber kewangan yang kita perolehi tadi (pesanan khas kepada sapa-sapa yang telah bergelar bapa, ayah, papa, dady, abah, ibu, emak, mama, mamy dan juga kepada diri saya sendiri dan IT..)!.
Kepada para ibu bapa yang bekerja...saya menyeru...tolong lah, tolong lah lakukan kerja dengan seikhlas dan sehalal yang boleh agar rezeki yang diperoleh itu nanti menjadi rezeki yang halal...dan kasihanilah anak-anak kecil kita yang tidak berdosa dari terus menjadi insan yang tidak sihat dari segi rohani walaupun secara fizikal ia nampak begitu sihat..(.Ermm susah ni orang nak faham...).
" Ya Aallah...tabahkanlah hatiku untuk terus memiliki hak itu sekiranya telah ditakdirkan ia (wang yang dipinjam) itu milikku dan rezekiku...amin" ~

Friday, August 5, 2011

When I was

When i was....


"Dari gunung hingga ke muara
Mengalir jernih kasih sayangmu
Jerit perih pengorbananmu
Bersusah payah kerana daku
Dari hati dan sanubari
Terpancar seri di wajahmu
Dari pagi hingga ke dinihari
Tetap utuh tanpa jemu
Dari hari ke hari
Dilalui tanpa jemu
Kau panjatkan syukur kepadamu...
Hanya doa dan restumu
Menjadi penyeri disanubari..."

~myires~

Thursday, August 4, 2011

Seri Melaka~


Hermmmm...apa nak dikata eh untuk sekian lamanya tidak menaip sesuatu kat myblog ni...rindu rasanya...tp rindu lagi pada suami tercinta, semakin hari semakin membara ni...harap2 weekend ni leh berbuka sama2...insyaallah...miz u myarmourezs...muah~

Hari ni kelas berjalan seperti biasa. Banyak juga pengetahuan yang eden dapat. Suasana pembelajaran pun menarik dengan gaya santai n bersahaja oleh Mej Fadzil yang semamangnya best. Kelas bertambah menarik lagi dengan cerita Dato Siti vs Glock..hahahah mmg best seh sbb sekali bercerita je semua student terus gelak..maka hilanglah segala kemengantokan yang telah melanda kelas Seri Melaka beberapa minit yang lalu. Apa-apa pun terima kasih kepada tn di atas ilmu yang dicurahkan. Dalam hati terdetik bilalah aku nak jadi macam tn eh...penuh gaya n berilmu di dada...insyaallah i want to be..one day!

Itu yang menarik semasa kelas berjalan tapi sebelum tu, Seri Melaka semacam kena anak puting beliung...(nasib telah diselamatkan oleh mej Fadzil..amin)...mana taknya, memang patut terkena badai puting beliung tu. Camne nak cakap eh, susah juga eh bila kita ni jadi orang yang 'work propely'. Kalau ditegur nnt ada yang berbunyi "jgn pandai komen la, nah buat la nak tengok"...kalau x ditegur ini lah rupanya...haishhh....umpama ditelan mati mak di luah mati bapa. Tapi bagus juga sebab dari situ aku boleh menilai diri seseorang. Alhamdulillah...thanks God..i'm so thankful to You that i'm know who i'm~ cukup sekadar membantu apa yang perlu. Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan...si A ker atau si F xpun aku ker yang salah sbb tidak bertindak pada tempat dan waktu yang betul...hermmm








Wednesday, April 13, 2011

Heeerrrmmmm...

Rupa-rupanya dah betahun kot blog ni x disentuh...naper malaz sangat ni Tun Seri oiiiit....so bagun..berdiri dan trus berlari k...hiyakkkk~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok Ni: